Zarina Anjoulie Lawan Fara Mendoza, Perbicaraan Bermula Esok!
Zarina Anjoulie Lawan Fara Mendoza, Perbicaraan Bermula Esok!
Kes saman fitnah yang difailkan oleh Norfaralinah Md Yunus atau Fara Mendoza terhadap pelakon Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul berhubung penyebaran gambar dan video yang didakwa berunsur fitnah yang didakwa dimuatnaik oleh defendan di laman media sosial Instagram akan ditentukan melalui perbicaraan di Mahkamah Sesyen Seremban bermula Selasa, 20 September ini.
Perbicaraan akan berlangsung selepas kedua-dua pihak gagal mencapai kata persetujuan agar kes tersebut diselesaikan secara mediasi.
“Perbicaraan akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 20 dan 21 September bermula pukul 2.30 petang pada hari Selasa, dan pukul 8.30 pagi pada hari Rabu dengan Fara Mendoza akan menjadi saksi pertama,” kata Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors, selaku peguam utama selebriti media sosial itu.
“Anak guam, Zarina cuba menyelesaikan krisis undang-undang ini secara mediasi namun kedua-dua pihak tidak mencapai kata sepakat,” tambah peguam Nurul Hafidzah.
Zarina, sebelum ini, pada tahun 2020, berjaya membatalkan penghakiman yang dimasukkan oleh Norfaralinah di Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan.
Ini berikutan dakwaan yang beliau tidak menerima salinan saman secara peribadi dan menyangkakan yang peguam terdahulu yang dilantik telah membela nasibnya. Difahamkan yang peguam terdahulu pelakon itu telah diserang strok dan firma guaman beliau telah pun ditutup.
Setelah mendapat pengesahan dari mahkamah yang terdapat saman dan penghakiman bagi kesnya, Zarina telah melantik peguam Nurul Hafidzah untuk mewakili beliau.
Melalui pasukan peguam yang baru, Zarina membuat tuntutan balas ke atas saman sivil Norfaralinah. Beliau menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan perintah injunksi menghalang Norfaralinah daripada membuat kenyataan-kenyataan fitnah pada masa hadapan.
Selain itu, Zarina menuntut agar Norfaralinah menarik balik kenyataan-kenyataan fitnah yang telah dibuat dan membuat permohonan maaf. Beliau juga menuntut kos tindakan dan lain-lain relif yang dianggap sesuai dan bermanfaat oleh mahkamah.
Peguambela Nurul Hafidzah berkata yang anak guam Zarina Anjoulie menafikan dakwaan plaintif dan percaya sebenarnya plaintif yang telah memfitnah beliau.
“Kesemua fakta akan dibuktikan semasa hari perbicaraan,” ujar Nurul Hafidzah.
Zarina sebelum ini menyaman pelakon Amyza Aznan dan Emelda Rose setelah mendakwa beliau difitnah di aplikasi media sosial Telegram.
Rafizi Hasut Rakyat Untuk Derhaka Kepada Agong?
Zarina Anjoulie Lawan Fara Mendoza, Perbicaraan Bermula Esok
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ROS Akan Batalkan Kemenangan Jawatan Timbalan Presiden PKR Yang Di Menangi Rafizi?
- Usaha Muhyiddin Cuci Tangan Dengan Menyalahkan Ismail Sabri Dalam Masalah Ekonomi
- Ismail Sabri Kembali Kepada UMNO, Tiada Lagi Bisikan ‘Syaitan’ Selepas PRU 15
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
!