Speedy Tigers lanyak Oman 11-1 pada Sukan Asia

Speedy Tigers lanyak Oman 11-1 pada Sukan Asia

Speedy Tigers lanyak Oman 11-1 pada Sukan Asia
PARA pemain skuad kebangsaan meraikan kemenangan besar 11-1 ke atas Oman pada saingan Kumpulan B yang berlangsung di Stadium Gongshu Canal Sports Park sebentar tadi.

HANGZHOU – Skuad Speedy Tigers bimbingan Arul Selvaraj mengekalkan aksi cemerlang pada Sukan Asia Hangzhou 2022 apabila membelasah Oman 11-1 dalam saingan Kumpulan B yang berlangsung di Stadium Gongshu Canal Sports Park semalam.

Pada aksi sebentar tadi, skuad The Speedy Tigers menjaringkan 11 gol menerusi tiga jaringan Mohamad Ashran Hamsani, Faizal Saari (2 gol), Muhammad Razie Abd. Rahim (2 gol), Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal (2 gol), Shello Silverius (1 gol) dan Muhammad Najmi Farizal Jazlan (1 gol).

Pada hari pertama Sukan Asia, skuad hoki kebangsaan bermula garang apabila membelasah seteru tetangga, Thailand 9-0 pada aksi pertama Kumpulan B di venue yang sama.



Malaysia akan kembali turun ke padang bagi aksi ketiga peringkat kumpulan menentang Indonesia pada lusa ini. – KOSMO! ONLINE

Speedy Tigers lanyak Oman 11-1 pada Sukan Asia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tidak benar ahli UMNO tidak berpuas hati dengan Amizar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button