Scotland bedil Ukraine



Glasgow: Scotland muncul pendahulu kumpulan selepas dua jaringan pemain gantian Lyndon Dykes dan satu lagi daripada kapten John McGinn memastikan kemenangan 3-0 ke atas Ukraine dalam aksi Liga Negara-Negara di Hampden Park, awal pagi tadi.

Dykes menanduk masuk kedua-dua golnya dalam tempoh tujuh minit selepas McGinn meletakkan Scotland di depan dengan rembatan kaki kiri minit ke-70.

Kemenangan itu membolehkan pasukan tuan rumah meraih sembilan mata daripada empat perlawanan dalam Kumpulan 1 Liga B manakala Ukraine dua mata di belakang di tempat kedua.

Scotland tewas 1-3 kepada Ukraine dalam aksi play off Piala Dunia di Hampden Park pada Jun lalu.



Kegagalan mara ke Piala Dunia pertama sejak 1998 masih menghantui skuad Steve Clarke yang kembali bersemangat selepas membalas dendam ke atas Ukraine.

“Saya bangga dengan pemain. Mereka berdepan lebih kekecewaan pada musim panas berbanding orang lain,” kata Clarke.

“Kami bekerja keras dalam tempoh singkat sehingga ada yang tampak bosan ketika sesi penerangan namun tetap bersemangat.

“Kadang-kadang anda perlu respon dalam bola sepak dan sangat gembira kami dapat memberikannya dengan cara ini.”



Scotland akan menerima kunjungan Republik Ireland awal pagi Ahad sebelum terbang ke Ukraine pada 27 September untuk aksi terakhir peringkat kumpulan.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker