Bekas menteri kehakiman China dipenjara seumur hidup

Bekas menteri kehakiman China dipenjara seumur hidup

Bekas menteri kehakiman China dipenjara seumur hidup
Fu Zhenghua, yang telah mengetuai beberapa penyiasatan berprofil tinggi terhadap rasuah, dipenjarakan seumur hidup kerana menerima rasuah, kata media kerajaan. – Foto AGENSI

BEIJING: Bekas Menteri Kehakiman China, Fu Zhenghua, 67, dipenjara seumur hidup selepas mengaku menerima rasuah bernilai lebih AS$16.50 juta (RM75 juta) Julai lalu.

Menurut media kerajaan, hukuman itu berlangsung ketika pembersihan pegawai dipergiatkan menjelang satu kongres utama Parti Komunis.

Zhenghua ialah Timbalan Ketua Kementerian Keselamatan Awam sebelum menjadi Menteri Kehakiman pada 2018, telah mengetuai banyak penyiasatan berprofil tinggi dan tindakan keras termasuk siasatan kira-kira sedekad lalu ke atas Zhou Yongkang, pegawai paling berkuasa di China untuk disabitkan dengan rasuah.



Justeru, menjelang perbicaraan mahkamah Zhenghua di bandar Changchun di timur laut, badan pemerhati antirasuah China memutuskan bahawa beliau juga menjadi sebahagian daripada ‘geng politik’ Sun Lijun, antara seorang pegawai paling terkemuka yang menjadi sasaran sejak sabitan kesalahan Yong Kang pada 2015.

Lijun, yang menjadi timbalan menteri keselamatan awam ketika siasatan terhadapnya bermula pada 2020, mengaku bahawa beliau telah bersekongkol dengan beberapa pegawai penguatkuasa undang-undang tertinggi dengan tujuan kekayaan peribadi.

Pengaruh Lijun yang masih belum menerima hukumannya begitu berleluasa dalam parti itu sehingga disifatkan sebagai ‘beracun’ dan beliau sendiri adalah seperti ‘kanser’ yang perlu dihapuskan.

Pembersihan dilakukan tiga minggu sebelum kongres diadakan sekali dalam tempoh lima tahun Parti Komunis yang memerintah di mana Presiden, Xi Jinping dijangka mengekalkan jawatan untuk penggal ketiga. – REUTERS



Resepi Kue Teow ‘Kung Fu’ Lockdown

Bekas menteri kehakiman China dipenjara seumur hidup

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Mampukah Kabinet Sekarang Tangani Isu Banjir



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button