Ismail Sabri gagal urus ekonomi kerana warisi kerajaan gagal dari Mahathir dan Muhyiddin

Oleh Adam Malik

Apabila kritik mengkritik terjadi secara terbuka sesama anggota kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri , maka jelas satu perkara telah berlaku, ia itu sememangnya tiada keharmonian dan Kerjasama tulin antara parti2 dalam Keluarga Malaysia.

Apakah , Tan Sri Muhyiddin Yassin suka Ismail Sabri menjadi Perdana Menetri yang cemerlang dan bagus?



Apakah menteri2 dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia benar2 buat kerja untuk menjayakan kerajaan pimpinan Ismail Sabri?

Bukankah Perdana Menteri yang cemerlang akan menyusahkan peluang Tan Sri Muhyiddin untuk beri alasan untuk menggantikan nya?

Maka , cara rasional , sememang nya kerajaan yang ujud dari pakatan tidak halal selalunya akan gagal kerana mereka tergolong dari kumpulan ‘strange bedfellow’ tidur sebantal mimpi lain2.



Pakatan dan gabungan tidak halal ini semua bermula dari Tun Mahathir.

Sejak Tun Mahathir membawa lari jawatan Perdana Menteri dari Pakatan Harapan lalu menyerah jawatan itu kepada pakatan “Sheraton move” negara tidak pernah tenteram lagi.

Tiada satu polisi pun boleh terhasil kerana setiap yang bergabung ada misi dan visi tersendiri.

Untuk Tan Sri Muhyiddin mengkritik DSIS adalah tersangat tidak wajar dan tidak masuk akal.



Pertama , kerana Muhyiddin sendiri ada peranan dan jawatan besar dalam kerajaan Keluarga Malaysia dan menteri2 dari parti Muhyiddin sendiri memegang jawatan penting negara termasuk Tengku Zafrol yang condong kepada Tun Mahathir dan Tun Daim.

Selaian itu, selama 22 bulan Mahathir sudah pun melakukan kerja menjual aset negara dan memunggah khazanah negara termasuk PETRONAS dan GLC.

Banyak aset dan harta milik rakyat sudah pun dilelong oleh Tun Mahathir selama 22 bulan.

Tun Mahathir juga banyak menambah hutang baru negara melalui bon Samurai dan hutang 1MDB.



Pulangan wang 1MDB sejumlah hampir RM32 bilion termasuk penjualan kapal milik 1MDB RM500 juta juga tidak diguna membayar hutang 1MDB.

Selepas melakukan ini semua , Tun Mahathir sanggup bubar kerajaan PH semata untuk elak musuh politik nya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dimana akhir nya orang selamat Muhyiddin Yassin menggantikan nya.

Kemudian dari ini, Muhyiddin menyambung legasi kerajaan gagal Mahathir dengan menambah teruk kan keadaan.



Dalam masa 17 bulan kerajaan PN Muhyiddin memegang rekod sejarah negara dengan perbelanjaan hampir RM600 bilion diketika  rakyat duduk dalam rumah kerana darurat.

Kerajaan darurat terpanjang dalam dunia dan paling mahal dalam dunia.

Ramai rakyat telah mati bunuh diri dan mengibar bendera Putih dibawah kepmpinan Muhyiddin.



Maka , sah lah Mahathir dan Muhyiddin yang mentadbir kerajaan gagal.

Pendek kata dimana ada Tun Mahathir dan Muhyiddin pasti ada kegagalan.

Kini, tidak wajar Muhyiddin mengkritik Perdana Menteri gagal urus ekonomi dan negara kerana Muyiddin ada bersama dalam kerajaan ini dan mengawal gerak geri Ismail Sabri.

Kesalahan DSIS hanya membuat janji sulit terlebih dahulu membelakangi UMNO dengan Muhyiddin kerana bersangka baik, tapi rupa nya menjerat bukan sahaja UMNO bahkan Ismail sendiri.

Konklusi nya, Ismail Sabri gagal kerana telah mewarisi kerajaan gagal dari Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin yang sedang cuba mencuci tangan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button