Lelaki warga emas ditahan menyamar pegawai polis

Lelaki warga emas ditahan menyamar pegawai polis

Lelaki warga emas ditahan menyamar pegawai polis
Lelaki warga emas ditahan menyamar pegawai polis

BALIK PULAU: Seorang lelaki warga emas ditahan kerana disyaki menyamar sebagai pegawai polis dan menghalang pihak polis menjalankan tugas di Bayan Lepas, di sini, hari ini.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam terdapat seorang lelaki mengaku sebagai pegawai polis dan memberhentikan keretanya di tengah jalan hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

“Kejadian dipercayai berlaku selepas lelaki berusia 63 tahun itu memberhentikan kereta di tengah jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan orang awam cuba menasihati suspek tetapi tidak diendahkan dan mengaku sebagai polis sambil menunjukkan sekeping kad polis komuniti.



“Pihak polis terus ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat dan meminta lelaki itu menunjukkan kad pengenalan serta mengalihkan kereta tetapi suspek enggan mengemukakan kad pengenalan, malah turut enggan mengalihkan kenderaannya,” menurut kenyataan itu.

Pihak polis menahan lelaki terbabit dan merampas sekeping kad polis komuniti miliknya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 170 dan 186 Kanun Keseksaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah MY Airlines Bermaksud Muhyiddin Yasin Airlines?




Dalam kes berasingan, kenyataan itu memaklumkan polis menyita dua motosikal mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Daerah Barat Daya dari jam 11 malam tadi hingga jam 3 pagi ini.

Pihak polis turut mengeluarkan sebanyak 31 keping saman kerana pelbagai kesalahan lalu lintas antaranya tiada lesen memandu, tiada cukai jalan, ubah suai motosikal keterlaluan dan tiada cermin sisi.

“Selain membendung samseng jalanan yang membabitkan mat rempit, operasi itu juga bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan-peraturan lalu lintas sedia ada dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Operasi itu memfokuskan lokasi yang menjadi tumpuan mat rempit melakukan aksi berbahaya dan mengesan pemandu mabuk, mencegah kejadian kes kecurian kenderaan, ragut, pecah rumah dan lain-lain jenayah.– BERNAMA



Lelaki warga emas ditahan menyamar pegawai polis



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button