Bank Ketiga Amerika Runtuh, Saham Bank Utama Dunia Jatuh Tapi Gabenor BNM Kata Ekonomi Malaysia Kukuh

Bank Ketiga Amerika Runtuh, Saham Bank Utama Dunia Jatuh Tapi Gabenor BNM Kata Ekonomi Malaysia Kukuh

Bank Ketiga Amerika Runtuh, Saham Bank Utama Dunia Jatuh Tapi Gabenor BNM Kata Ekonomi Malaysia Kukuh

Dunia perbankan antarabangsa dikejutkan dengan keruntuhan bank ketiga terbesar di Amerika Syarikat, Silicon Valley Bank (SVB).

Pihak berkuasa AS merampas aset SVB, iaitu pemiutang utama kepada syarikat-syarikat pemula teknologi AS sejak 1980-an.

Memburukkan keadaan apabila pendeposit SVB mengeluarkan simpanan mereka dan ini mengakibatkan bank tersebut tidak mampu bertahan.

SVB merupakan bank ke 16 terbesar di Amerika Syarikat dari sudut nilai aset mereka.

Pada penghujung 2022, ia memiliki aset bernilai USD$209 bilion dan deposit sekitar USD$175.4 bilion.

Pakar ekonomi dunia berkata, runtuhnya SVB bukan hanya mencerminkan kegagalan bank terbesar sejak krisis Washington Mutual pada 2008.

Tetapi ia juga adalah kegagalan kedua terbesar bagi bank runcit di AS.

Keruntuhan SVB telah menyebabkan cawangan SVB di United Kingdom telah dibeli oleh HSBC dengan harga hanya £1 sterling.

Penjualan itu  diselia oleh Bank of England dan Perbendaharaan United Kingdom.

Ia dibuat selepas laporan keruntuhan SVB mencetuskan panik di Britain berhubung pelanggan utamanya dalam sektor teknologi dan sains hayat.

Berita pembelian itu telah disahkan oleh Menteri Kewangan Britain, Jeremy Hunt.

Baca di sini:

https://berita.mediacorp.sg/dunia/hsbc-beli-silicon-valley-bank-cabang-uk-pada-harga-ps1-739346

Keruntuhan SVB juga telah menyebabkan pasaran saham perbankan seluruh dunia termasuk Asia menjunam teruk.

Bloomberg News melaporkan bahawa kira-kira AS$465 bilion (RM2.09 trilion) modal pasaran susut daripada pasaran saham global dalam tempoh tiga hari.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2023/03/1076810/kemelut-perbankan-pasaran-saham-asia-menjunam?utm_source=bh&utm_medium=disyorkananda

Rakyat Berhak Tahu Keadaan Sebenar Ekonomi Negara

Ironiknya, sangat ‘menakjubkan’ apabila Gabenor Bank Negara Malaysia, Nor Shamsiah Mohd Yunos, mengumumkan ekonomi Malaysia kekal kukuh untuk tahun ini.

Menurut beliau, antara faktor yang mendorong kekukuhan ekonomi adalah disebabkan oleh pengukuhan dalam permintaan domestik, peluang pekerjaan dan pelaburan.

Secara asasnya, Amerika Syarikat adalah rakan dagang terbesar Malaysia.

Sebagai negara pengekspot, apabila ekonomi Amerika Syarikat terjejas sudah pasti ekonomi negara juga akan turut menerima impak.

Akan memburukkan keadaan apabila, berlaku kemelesetan ekonomi dunia, bagaimana Malaysia boleh terselamat dari menerima kesannya?

Baca di sini:

https://www.astroawani.com/berita-bisnes/ekonomi-global-semakin-hampir-kepada-kemelesetan-ketua-bank-dunia-385889?utm_source=news_keyword_widget&utm_medium=data-embed&utm_campaign=20230314%20News-Keyword-kemelesetan%20ekonomi&_gl=1*y01jwi*_ga*NjU2OTA3NzEyLjE2NzE0NDczMTM.*_ga_2WBWP426R6*MTY3ODc5NjIzNi4xNi4xLjE2Nzg3OTY5MjQuMC4wLjA.

Apakah Shamsiah mempunyai Lampu Aladdin?

 

Bank Ketiga Amerika Runtuh, Saham Bank Utama Dunia Jatuh Tapi Gabenor BNM Kata Ekonomi Malaysia Kukuh

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker