Mahkamah Persekutuan Akan Berikan Keputusan Semakan Kehakiman Kes SRC Pada 31 Mac 2023

Mahkamah Persekutuan Akan Berikan Keputusan Semakan Kehakiman Kes SRC Pada 31 Mac 2023

Mahkamah Persekutuan Akan Berikan Keputusan Semakan Kehakiman Kes SRC Pada 31 Mac 2023

Peguam DS Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, memaklumkan Mahkamah Persekutuan akan memberikan keputusan mengenai semakan kes SRC pada 31 Mac 2023.

Menurut Muhammad Farhan, pihaknya menerima surat daripada Mahkamah Persekutuan yang memaklumkan mengenai tarikh berkenaan.



Jika permohonan bekas perdana menteri itu dibenarkan, mahkamah akan menetapkan tarikh bagi mendengar merit semakan berkenaan.

Permohonan DS Najib itu akan diputuskan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan, dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli.

Turut bersidang dalam panel itu ialah tiga Hakim Mahkamah Persekutuan dan seorang Hakim Mahkamah Rayuan:

  1. Datuk Vernon Ong Kiat
  2. Datuk Rhodzariah Bujang
  3. Datuk Nordin Hassan
  4. Datuk Abu Bakar Jais (Hakim Mahkamah Rayuan yang mula mendengar semakan kehakiman mulai 19 Januari 2023)

DS Najib memohon supaya Mahkamah Persekutuan menyemak keputusan panel lima hakim pada 23 Ogos tahun lalu.



DS Najib juga memohon perintah supaya keputusan rayuan utama beliau diketepikan dan beliau dilepas serta dibebaskan daripada tuduhan berkenaan.

Dalam afidavit DS Najib, beliau percaya dan dinasihatkan oleh peguam caranya bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan boleh disemak mengikut Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

Apakah kali ini DS Najib akan diberikan keadilan?

Sama-sama kita tunggu keputusan dan hujah penghakiman 5 panel hakim tersebut.



 

Mahkamah Persekutuan Akan Berikan Keputusan Semakan Kehakiman Kes SRC Pada 31 Mac 2023

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button