Sisi sebenar Wan Rosdy – Nizar Najib

Oleh Amran Klebang

“Saya berpendapat YAB Menteri Besar perlu diberi peluang untuk memegang jawatan Naib Presiden parti berdasarkan rekod perkhidmatan beliau yang setia dan begitu ikhlas membantu parti,” Kata Datuk Mohd Nizar Najib dalam posting Facebook beliau. Demikian yang ditulis oleh Nizar Najib mengenai Dato’ Sri Haji Wan Rosdy.

“Hasrat dan iltizam saya adalah untuk merintis kebangkitan bagi mengembalikan kegemilangan UMNO bersama-sama dengan Presiden dan Timbalan Presiden.” kata Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri besar Pahang dalam posting Facebook beliau.

Ketika UMNO dan Barisan Nasional menghadapi saat getir dan tertekan pasca PRU14, Insan inilah yang banyak memainkan peranan membantu parti bangkit semula hadapi Siri Pilihanraya Kecil dan pilihanraya negeri. Beliau tampil ke hadapan untuk memainkan peranan walaupun kerajaan negeri ketika itu menghadapi tekanan yang hebat.

YAB Dato Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail juga tidak teragak-agak untuk ketengahkan bakat dan kepimpinan baru di Pahang. Kami amat menghargai usaha-usaha beliau untuk memberi peluang kepada pemimpin muda.

Beliau juga seorang pentadbir yang baik, kuat bekerja dan selalu memikirkan bagaimana untuk selesaikan masalah rakyat. Sepanjang masa Saya berkhidmat dengan beliau sejak memegang jawatan Ketua Pemuda Bahagian, YAB Dato Sri Menteri Besar tidak pernah menolak sebarang permintaan untuk membantu golongan B40, pesakit kronik dan rakyat negeri Pahang pebagai larat belakang yang betul-betul perlukan pertolongan.

“Ketika diujilah baru kita tahu Siapa yang benar-benar setia dan ikhlas dengan parti.”

Tambahan lagi Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berharap seluruh perwakilan dapat memberi undi kepada beliau agar beliau dapat mencurahkan khidmat bakti kepada parti agar UMNO mampu bangkit kembali untuk terus kekal relevan bagi mengangkat perjuangan agama, bangsa dan juga tanah air.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker