Skandal Jana Wibawa: SPRM Berjaya Jejaki ‘Datuk Roy’

Skandal Jana Wibawa: SPRM Berjaya Jejaki 'Datuk Roy'

Skandal Jana Wibawa: SPRM Berjaya Jejaki ‘Datuk Roy’

SPRM telah berjaya mengenalpasti dan menjejaki individu yang menyamar sebagai ‘Datuk Roy’.

Menurut SPRM, ‘Datuk Roy’ atau nama sebenarnya Mohd Hussein Mohd Nasir, 54 tahun mempunyai alamat terakhir di No. 3, Lorong 3 RRM Semambu, 25350 Kuantan, Pahang.

Mohd Hussien dikehendaki bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan program Jana Wibawa.



Beliau disyaki menjadi dalang utama memberikan rasuah sehingga RM400,000 kepada pegawai SPRM untuk mengelakkan skandal tersebut disiasat.

Semalam, Ahad (13 Mac 2022), Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, mengesahkan SPRM telah menahan 4 individu termasuk seorang pegawai SPRM.

Mereka ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 17(a)(A) Akta SPRM 2009 kerana didakwa merasuah pegawai SPRM.

Sebagai balasan, SPRM tidak akan menahan Fakri Yassin bin Mahiaddin berhubung Skandal Jana Wibawa yang sedang disiasat oleh SPRM.



Turut ditahan adalah seorang wanita yang juga disyaki terlibat dalam kegiatan merasuah pegawai SPRM tersebut.

Walau bagaimanapun, wanita tersebut, Siti Delina Binti Berhan, telah dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2023/03/13/skandal-jana-wibawa-sprm-buru-datuk-roy-tahan-4-individu-termasuk-pegawai-sprm/

Menurut semakan penulis, Mohd Hussien @ ‘Datuk Roy’ pernah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meminta wang rasuah sebanyak RM60,000 bagi menyelesaikan kes siasatan SPRM.

Baca di sini:

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/654033/geng-datuk-roy-menyamar-pegawai-kanan-sprm-tumpas

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Mohammad Asyraf Mustafa, menerusi talian 013-4405210.

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker