Penduduk pukul penyamun terkandas ‘traffic jam’

Oleh – Syeikh Baran


Penduduk pukul penyamun terkandas ‘traffic jam’
Ketiga-tiga pencuri itu kemudian melarikan diri menggunakan kereta sambil dikejar penduduk setempat. – MPI

Sekumpulan pencuri yang memecah masuk ke dalam sebuah rumah dibelasah penduduk tempatan selepas gagal melarikan diri disebabkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Kejadian berlaku di Vila Ciomas Indah, Bogor, dalam wilayah Jawa Barat, Sabtu lalu.
 

Berdasarkan klip video kejadian, kumpulan pencuri tersebut memberhentikan kereta mereka di hadapan sebuah rumah tidak berpenghuni sekitar pukul 12 tengah hari (waktu tempatan).



Mereka kemudian menceroboh kediaman tersebut.

Ketika pemilik rumah pulang, dia terkejut melihat sebuah kereta diletakkan di hadapan rumahnya sebelum menegur salah seorang pencuri berkenaan yang disangka tetamu jirannya.

Namun, selepas dua pencuri lain keluar dari rumah mangsa  sambil membawa beberapa barangan, pemilik rumah  sedar kediamannya telah dipecah masuk lalu menjerit meminta tolong.

Ketiga-tiga pencuri itu seterusnya melarikan diri dengan menaiki kereta sambil dikejar penduduk setempat.



Percubaan mereka gagal selepas terkandas dalam kesesakan lalu lintas tidak jauh dari lokasi kejadian, menyebabkan beberapa kenderaan lain dirempuh.

Penduduk setempat membelasah dan merosakkan kereta dinaiki kumpulan pencuri itu.

“Ada beberapa jenis barangan yang dilarikan termasuk komputer riba, barangan  perhiasan dan wang tunai. Jumlah barangan yang dicuri mencecah 50 juta rupiah (RM15,117),” kata Ketua Polis Ciomas, Komisioner Polis Iwan Wahyudi. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button