Simposium Tekstil Tradisional ASEAN kembali lagi

Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad (kanan) sempat melawat gerai pameran hasil tenunan tempatan termasuk negara-negara ASEAN.

Oleh Azrin Muhammad

PUTRAJAYA – Temasya dwitahunan Simposium Tekstil Tradisional ASEAN anjuran Yayasan Tenun Pahang Diraja kembali sekali lagi buat kali kelapan selama enam hari sehingga 30 September ini.



Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, simposium itu berjaya menghimpunkan ramai penggiat seni tekstil, artisan dan penenun dari seluruh Malaysia, ASEAN serta rantau lain untuk berkongsi maklumat mengenai keunikan tekstil masing-masing.

“Sebanyak 17 kertas kerja akan dibentangkan oleh 13 negara, antaranya Brunei Darussalam, Indonesia, Kemboja, Kanada, India, Filipina dan Myanmar dalam simposium ini bagi membincangkan berkaitan pemeliharaan dan kelestarian tekstil tenunan asli di rantau ASEAN.

“Selain itu, pameran turut diadakan merangkumi pelbagai koleksi menarik seperti tenunan peribadi Diraja, hasil tenunan dari penjara serta koleksi peribadi tokoh budaya Allahyarhamah Sharifah Azah Mohamed Alsagoff atau lebih dikenali sebagai Azah Aziz,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Turut hadir mencemar duli menghadiri Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke-8, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diiringi oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button