Anak Hamzah Zainuddin Di Dakwa Di Mahkamah

Anak Hamzah Zainuddin Di Dakwa Di Mahkamah

Anak Hamzah Zainuddin Di Dakwa Di Mahkamah

Faisal Hamzah, anak kepada Hamzah Zainuddin didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.

Faisal didakwa bersama Azizul Abdul Halim, pengarah Rimba Merpati Sdn Bhd kerana memberikan maklumat palsu menerusi invois palsu.



Ianya berhubung penjualan minyak masak kepada peruncit tempatan.

Untuk rekod, Rimba Merpati adalah pemegang lesen pemborong minyak masak.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 8(4) Akta Kawalan Bekalan 1961.

Harga minyak masak kini dikawal oleh kerajaan bawah akta tersebut.



Invois-invois terbabit didapati palsu selepas serbuan dijalankan di premis syarikat itu pada 12 Ogos tahun lepas.

Mereka turut didakwa kerana memiliki minyak masak melebihi had 50 tan di premis syarikat itu di Sinar Andalas, Senawang.

Ia adalah kesalahan yang melanggar Peraturan 9(1) Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan boleh dihukum bawah Seksyen 22(2) Akta Kawalan Bekalan.

Jika sabit kesalahan mereka boleh di denda sehingga RM2 juta kerana memberikan invois palsu dan memiliki minyak masak melebihi jumlah terhad.



Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan Hakim Mazni Nawi.

 

Anak Hamzah Zainuddin Di Dakwa Di Mahkamah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button