Wanit diragut 4 lelaki bersenjatakan parang

Petaling Jaya: Pekerja kilang wanita berdepan detik cemas apabila diragut empat lelaki bersenjatakan parang di Sungai Way, di sini, Khamis lalu.

Sumber berkata, ketika kejadian kira-kira 5 pagi itu, mangsa, 48, dalam perjalanan ke tempat kerja berhampiran rumahnya.

“Ketika berjalan ke tempat kerja, mangsa dihampiri dua motosikal dinaiki empat lelaki yang dipercayai bersenjatakan parang.



“Beg tangan mangsa kemudian diragut menyebabkan dia kehilangan dompet, telefon bimbit serta sejumlah wang tunai,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, mangsa tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi, semalam, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button