Kos baik pulih kenderaan cecah RM12 ribu

 

Kos penyelenggaran dan baik pulih bagi kende­ra­an ditenggelami banjir boleh mencecah sehingga RM12,000 bergantung kepada jenis dan modelnya.

Pemilik bengkel Berkat Jaya, Ghazali Mustafa, 52, berkata, kebiasaannya ia melibatkan kereta mewah jenama BMW, Audi serta Mercedes.

“Ia bergantung kepada jenama, alat ganti dan bengkel yang dipilih. Jika jenama tempatan atau Jepun kosnya tidak terlalu tinggi.

“Sebagai contoh Perodua Myvi memerlukan sekitar RM1,200 kerana alat ganti melibatkan barangan perlu sahaja,” katanya.

Bagaimanapun tambahnya, kos mungkin meningkat jika pemilik mahukan alat ganti tulen dan berkualiti tinggi.

Menurut Ghazali, faktor pe­ningkatan juga disebabkan oleh penggunaan cip elektronik, unit kawalan elektronik dan sebagainya.

“Satu lagi cara untuk menukar alat ganti ialah menggunakan barangan terpakai yang boleh didapati di kedai-kedai potong. Barang sudah tentu tulen, namun bergantung kepada penggunaannya sebelum ini,” jelasnya.

Dalam masa sama Ghazali mengingatkan kepada semua pemilik bengkel agar jujur dan tidak mengambil kesempatan di atas kesempitan yang dialami mangsa banjir ketika ini.

-K! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button