Stor haram simpan 30,000 liter minyak diesel diserbu

Stor haram simpan 30,000 liter minyak diesel diserbu

Stor haram simpan 30,000 liter minyak diesel diserbu
Stor haram yang menyimpan lebih 30,000 liter minyak diesel di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, diserbu pihak berkuasa, semalam. NSTP/Ihsan KPDN

Alor Setar: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas lebih 30,000 liter minyak diesel selepas menyerbu sebuah stor haram di kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Khanth, berkata operasi itu dilakukan secara bersepadu bersama Pasukan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah pada jam 9.30 pagi.

Beliau berkata, operasi adalah berdasarkan sumber risikan polis yang dilakukan selama dua minggu.



“Ketika serbuan, dua lelaki dipercayai pekerja iaitu seorang lelaki tempatan berusia 50-an dan seorang lelaki Thailand berada di kawasan itu.

“Hasil pemeriksaan kemudian menemui dua unit tangki, sembilan unit IBC Tank yang berisi bahan api yang disyaki diesel berjumlah lebih 30,000 liter, tiga kenderaan bernombor pendaftaran Thailand serta beberapa peralatan lain yang disyaki digunakan untuk aktiviti penyelewengan.

“Jumlah nilai rampasan diesel dianggarkan lebih RM64,500 dan barang rampasan lain dianggarkan berjumlah RM200,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Affendi berkata, nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM264,500 dan dua lelaki terbabit ditahan untuk diambil keterangan.



Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Sekiranya disabitkan dengan kesalahan mengikut akta ini, individu boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi kesalahan kedua, didenda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi pertubuhan perbadanan pula, boleh didenda tidak melebihi RM2 juta dan bagi kesalahan kedua didenda tidak melebihi RM5 juta,” katanya.



Stor haram simpan 30,000 liter minyak diesel diserbu




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading