Apa jadi pada kertas siasatan Zeti, Tawfiq dan Nazlan?

Kekal jadi bahan misteri

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Apa jadi pada kertas siasatan Zeti, Tawfiq dan Nazlan?

Misteri kertas siasatan berkaitan bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz, suaminya, Tawfiq Ayman dan Mohd Nazlan Ghazali masih belum terungkai.



Ramai tertanya apa kesudahan perjalanan kertas siasatan terhadap mereka ini yang dikatakan ada hubungkait dengan skandal 1MDB dan SRC.

Pendedahan oleh Tim Liessner, Tommy Thomas selain Raja Petra Kamarudin nampaknya hanya kekal bermain di media sosial dan menjadi persoalan yang menimbulkan pelbagai reaksi persepsi rakyat.

Dalam buku tulisan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas didedahkan pelbagai spekulasi penyalahgunaan kuasa pendakwaan terpilih oleh Pakatan Harapan sepanjang menjadi kerajaan.

Desakan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja masih tiada jawapan dari kerajaan. Andaian-andaian liar mula terbit apabila Zeti, Tawfiq dan Nazlan Ghazali masih belum diambil sebarang tindakan walau dikatakan siasatan telah selesai sekian lama.



 

Tindakan Peguam Negara yang mengesyorkan agar hasil siasatan terhadap buku ‘My Story: Justice in the Wilderness’ tidak diumumkan menimbulkan tandatanya. Tiada alasan atau sebab konkrit bagi Peguam Negara untuk berbuat demikian.

Sampai bila rakyat perlu menanti semua ini? Persoalan paling utama, mengapa tidak bertindak segera sepertimana dilakukan terhadap bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak?



DETIK HITAM 1 RAMADHAN 2018 BUAT NAJIB RAZAK & KELUARGA

Apa jadi pada kertas siasatan Zeti, Tawfiq dan Nazlan?

 

Semua masih ingat malam pertama Ramadhan 2018 ketika kediaman Najib diserbu pihak berkuasa. Tidak cukup menyerbu kediaman Najib, kediaman Allahyarhamah Toh Puan Rahah turut menerima tindakan serupa.

Tetapi dalam hal berkaitan Zeti dan Tawfiq? Mereka masih lagi bebas malah tidak dicuit langsung segala aset dan tiada serbuan ‘mengangkut’ barang dari kediaman mereka untuk dijadikan bahan bukti.



Pelik? Usah berasa pelik kerana ketika itu semua berada di bawah kuasa PH. Jika tidak, masakan Lim Guan Eng yang masih ada kes di Mahkamah boleh dilantik sebagai Menteri Kewangan oleh Tun Mahathir.

“SPRM amat terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini yang membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot banglo dan tuduhan bersubahat dihadapi ahli perniagaan, Phang Li Koon selepas pihak pendakwaan menarik balik kes itu.

“SPRM ingin menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes tersebut telah diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya daripada SPRM,” – SPRM – 3 September 2018

Pihak SPRM sendiri terkejut apabila kes Guan Eng digugurkan. Ketua Pesuruhjaya SPRM dilantik dari kalangan yang ada kepentingan politik, malah Peguam Negara juga telah ditukarkan mengikut selera kerajaan ketika itu.



Kini sudah tiba masanya semua diperbetulkan kembali. Tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap Zeti dan Tawfiq serta kontroversi Nazlan perlu diperjelaskan. Cari dan heret Jho Low kembali ke Malaysia untuk dihadapkan ke muka pengadilan. 

“Kita tak akan berhenti sampai kita dapat kerjasama dari negara yang kita agak di mana dia (Jho Low) berada dan kalau ada kerjasama Interpol (polis antarabangsa) bantu, perkara itu akan dapat kita selesaikan.

“Tapi apa pun kita tak akan berhenti untuk cari (Jho Low) sampai ke lubang cacing,” – Muhyiddin Yassin – 4 November 2019

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button