Kecoh 2 penumpang MRT di Singapura ‘bertekak’

“Jangan datang untuk dapatkan dolar”, pemuda disuruh balik Malaysia… [VIDEO]



 Kecoh 2 penumpang MRT di Singapura ‘bertekak’

Kecoh 2 penumpang MRT di Singapura ‘bertekak’
Tangkap layar video mengenai pertelingkahan antara dua penumpang MRT di Singapura.

KECOH di media sosial mengenai pertelingkahan melibatkan dua penumpang dalam pengangkutan awam, yang didakwa merupakan pemuda Malaysia dan warga emas Singapura.

Kejadian dipercayai berlaku di dalam sebuah tren MRT di republik itu.

Menerusi satu perkongsian video yang tular di media sosial, insiden dikatakan berpunca daripada isu tempat duduk khas dalam pengangkutan awam berkenaan.

Difahamkan lelaki berusia tersebut mempersoalkan tindakan pemuda itu duduk di kerusi yang dikhaskan untuk warga emas, termasuk wanita mengandung dan orang kelainan upaya (OKU).

Kecoh 2 penumpang MRT di Singapura ‘bertekak’
Seorang lelaki bertindak agresif dengan bercakap kasar.
Memetik laporan sebuah portal, lelaki warga emas itu bertindak agresif dan menjerit kerana pemuda tersebut yang dianggapnya tidak respek.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Dia kemudian menjerit dengan mengarahkan pemuda itu pulang ke Malaysia.

“Jangan datang ke sini untuk mendapatkan dolar Singapura, balik ke negara anda,” kata lelaki warga emas itu.

Kalau kita bertimbang rasa, bertikam lidah ini tak akan terjadi. Sifat prihatin mesti diamalkan.

NETIZEN

Sementara pemuda Malaysia itu pula menegur lelaki Singapura tersebut kerana bercakap kasar dan memberitahu bahawa tiada warga emas di dalam tren ketika itu.

Difahamkan, mana-mana individu yang menimbulkan kekecohan yang berlebihan sehingga menyebabkan kegusaran atau ketidakselesaan kepada orang lain di tempat awam boleh didenda sehingga $1,000 (RM3,221) atau penjara maksimum tiga bulan.

Video yang dikongsi di aplikasi TikTok itu tanpa menyatakan bila kejadian berlaku meraih lebih 300,000 tontonan.

https://www.tiktok.com/@thesundaily/video/7148468302308822298

 

Kecoh 2 penumpang MRT di Singapura ‘bertekak’
Antara komen netizen.

Ia juga tersebar di pelbagai platform media sosial termasuk grup Facebook yang melibatkan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

“Muda, tapi duduk priority seat. Tak malu.

“Ada tempat duduk pun nak marah. Tak makan ubat ke?

“Balik la Malaysia. Tak payah berebut kerusi orang. Kat tempat orang tu rendahkanlah diri serendah yang boleh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Pertama, kerusi tu untuk orang-orang tua/OKU/orang sakit dan perempuan mengandung. Boleh saja duduk tapi apabila ada orang-orang sebegini yang berdekatan berilah kerusi tu pada mereka ni.

“Kalau kita bertimbang rasa, bertikam lidah ini tak akan terjadi. Orang tua itu macam kelihatan sihat tapi kita tak tahu kesihatan, lututnya yang tak boleh berdiri lama. Apabila dah marah kata-kata kesat semua terkeluar baik rakyat di Singapura atau rakyat di mana-mana negara. Jadi sifat prihatin mesti diamalkan,” demikian antara komen dan teguran netizen.

Orang ramai teruja menggunakan perkhidmatan MRT

Kecoh 2 penumpang MRT di Singapura ‘bertekak’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kejatuhan Ringgit Hari Ini Adalah Naratif Kesan Berpanjangan Kegagalan Mahathir & PH Sejak 2018

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker