Memang Benar Anwar Tidur Atas Simen, Dia Tidak Menipu Cuma Tidak Berkata Benar

Memang Benar Anwar Tidur Atas Simen, Dia Tidak Menipu Cuma Tidak Berkata Benar

Dalam satu temuramah antara Anwar Ibrahim dengan wartawan, beliau mendakwa ketika di penjara, beliau menerima nasib yang kalau pun tidak lebih buruk, tetapi sama dengan DS Najib.

Anwar Ibrahim mendakwa bahawa beliau telah dibiarkan tidur di atas simen penjara untuk beberapa minggu.



Sehinggalah  doktor mengarahkan supaya pihak penjara menyediakan katil kepada beliau.

Benarkah apa yang Anwar katakan itu?

Dalam semakan penulis, kami dapati Anwar tidak menipu, cuma beliau tidak berkata benar.

Memang benar Anwar tidur di atas simen untuk beberapa ketika.



Tetapi ianya berlaku bukan di penjara, tetapi di lokap Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman.

Ketika itu Anwar Ibrahim di tahan dan untuk disiasat di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Semua Orang Kena Tuduh (OKT) yang ditahan di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah akan ditempatkan di dalam lokap dan bukannya di penjara.

Di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah yang memberikan tempoh tidak melebihi 14 hari pihak PDRM melakukan siasatan dan pertuduhan ke atas OKT.



Sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di mahkamah, OKT akan dimaklumkan siasatan dan pendakwaan dilakukan di bawah seksyen apa dan hukuman sekiranya sabit kesalahan.

Ketika itu, mahkamah akan menawarkan jaminan untuk pembebasan sementara OKT sepanjang tempoh perbicaraan.

Benarkah Anwar Tidur Di Simen Penjara?

Ketika itu pada Ogos 1997, Anwar berhadapan dengan 5 pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

Memang benar ketika selepas pertuduhan dibacakan, mahkamah telah menolak tawaran ikat jamin untuk Anwar, mengapa?



Kerana ketika itu Anwar sudah pun di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Baca di sini:

https://arkibperbicaraananwaribrahim.blogspot.com/2008/07/pertuduhan.html

Apa yang penulis mahu tekankan ialah, Anwar hanya tidur di atas simen ketika berada di dalam lokap PDRM.



Realitinya, memang tidak ada lokap PDRM di Malaysia yang menyediakan katil untuk OKT kerana tempoh tahanan adalah singkat.

Apabila Anwar dihantar ke penjara, apakah benar seperti yang beliau dakwa bahawa beliau masih lagi dibiarkan tidur di atas simen?

Biar video menjawabnya.



 

Memang Benar Anwar Tidur Atas Simen, Dia Tidak Menipu Cuma Tidak Berkata Benar

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button