DAP Hipokrit: Nik Abduh Pinjam Kerusi & Meja Suruh Siasat, Kes Banglo Guan Eng Gugur

DAP Hipokrit: Nik Abduh Pinjam Kerusi & Meja Suruh Siasat, Kes Banglo Guan Eng Gugur

DAP Hipokrit: Nik Abduh Pinjam Kerusi & Meja Suruh Siasat, Kes Banglo Guan Eng Gugur

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, mahu supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Nik Abduh atas tuduhan salah guna kuasa.

Guan Eng dalam kenyataannya berkata, dalam surat bertarikh 20 Sept kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu, Nik Abduh meminta “kerjasama” MPKB bagi kemudahan majlis anaknya.



Ini termasuk perkhidmatan pengurusan sisa pepejal, kerusi meja, hiasan bunga dan bantuan penguat kuasa bagi kawalan lalu lintas.

Dakwa Guan Eng lagi, permintaan Nik Abduh untuk kerjasama daripada MPKB menimbulkan persoalan merisaukan mengenai salah guna kuasa.

Nik Abduh sepatutnya menjelaskan apakah dimaksudkannya apabila meminta kerjasama daripada MPKB untuk majlis perkahwinan anak perempuannya.

SPRM perlu mempertimbangkan untuk menyerbu MPKB bagi meneliti sama ada ia cuba menutup kerjasama yang disediakan seperti diminta Nik Abduh.



Katanya, SPRM mesti menunjukkan bahawa ia tidak mengamalkan layanan dua darjat.

Isu Banglo Dan Terowong Adalah Isu Salah Guna Kuasa Sebenar

Bagi penulis, apa yang disarankan oleh Guan Eng itu tidak lebih hanya menyerlahkan lagi sikap hipokrit yang cuba beliau sembunyikan selama ini.

Permintaan Nik Abduh kepada MPKB adalah untuk meminjam peralatan majlis perkahwinan dan perkhidmatan kawalan lalulintas untuk majlis tersebut.

Ianya adalah satu permintaan biasa, hatta, orang awam juga sering mengemukakan perkhidmatan yang sama.



Penulis yakin, permintaan Nik Abduh itu bukanlah paksaan untuk mendapatkan perkhidmatan percuma berdasarkan kapasiti beliau sebagai ahli parlimen Bachok.

Sebagai ahli parlimen Bachok, Nik Abduh sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada MPKB.

MPKB berada di luar kawasan parlimen Bachok.

Maka sudah tentu ada bayaran yang akan diberikan oleh Nik Abduh kepada MPKB atas perkhidmatan yang diberikan.



Sebenarnya tidak timbul isu salah guna kuasa di sini.

Yang menjadi isu ialah apabila Guan Eng mendapat banglo jauh di bawah harga pasaran dari Phang Li Koon.

Juga yang menimbulkan isu salah guna kuasa ialah apabila berbilion tanah di Pulau Pinang sudah dimajukan.

Tetapi terowong dasar laut yang sepatutnya dibina hasil dari penjualan tanah itu masih lagi ghaib.



Itu yang sepatutnya menjadi isu yang salah guna kuasa yang sangat besar.

 

DAP Hipokrit: Nik Abduh Pinjam Kerusi & Meja Suruh Siasat, Kes Banglo Guan Eng Gugur

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button