‘Rasa Macam Nak Bagi Penampar Dekat Pelakon Melayu Mentega Terbang’ – Awie

Filem penuh kontroversi, Mentega Terbang yang dikritik hebat kerana didakwa mempersenda, menghina dan merendahkan agama Islam mendapat perhatian ramai pihak termasuk anak seni sendiri iaitu Datuk Awie.

Sanggup bawa watak menghina agama

Pelakon dan penyanyi rock, Datuk Awie menerusi hantarannya di Facebook (FB), telah menempelak dan meluahkan rasa marah dan kesal dengan barisan pelakon berbangsa Melayu yang terbabit di dalam filem tersebut.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, juga ingin menampar muka pelakon tersebut kerana sanggup bersetuju untuk membawa watak seperti itu serta dilihat tidak sensitif terhadap isu agama.



Aku rasa macam nak bagi penampar dekat pelakon Melayu Mentega Terbang c*bai ni. s*al punya Melayu! Bermulanya era Melayu bangs*t!

Namun, setelah beberapa jam memuat naik hantaran berkenaan, vokalis kumpulan Wings itu dilihat telah memadam hantaran tersebut.

Terdahulu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memaklumkan bahawa tayangan filem Mentega Terbang dihentikan platform penstriman Viu pada 27 Februari lalu. Walaupun tidak mempunyai kuasa untuk menapis filem dan drama televisyen, pihak SKMM terlebih dahulu menghubungi Viu sebelum mengesahkan penamatan filem kontroversi itu.

Sumber: Facebook



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button