Jam tangan mewah, mantan Gabenor ditahan

Oleh – Syeikh Baran


Jam tangan mewah, mantan Gabenor ditahan

Pelakon aksi Hollywood, Arnold Schwarzenegger ditahan di lapangan terbang Munich, semalam, kerana gagal mengisytiharkan jam tangan berharga.

Pelakon kelahiran Austria dan bekas gabenor California, 76, itu ditahan selepas tiba dari Amerika Syarikat (AS).

Jurucakap kastam, Thomas Meister berkata, Schwarzenegger dijangka meneruskan perjalanannya namun “jam tangan itu mungkin perlu ditinggalkan”.

Prosiding jenayah sudah dimulakan terhadap bintang “Terminator” dan bekas ikon bina badan kerana mengelak cukai.

Cukai sepatutnya dibayar kerana Schwarzenegger berhasrat untuk menjualnya di Kesatuan Eropah (EU).

 
Sumber –  Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker