Awie Bersyukur Erra Mahu Terima Dan Jayakan Watak Kecil

Influencer Demand Harga Terlalu Mahal

Awie Bersyukur Erra Mahu Terima Dan Jayakan Watak Kecil

Awie Bersyukur Erra Mahu Terima Dan Jayakan Watak Kecil
Awie Bersyukur Erra Mahu Terima Dan Jayakan Watak Kecil

Persahabatan antara pelakon filem Sembilu 1994 iaitu Erra Fazira dan Datuk Awie bukanlah satu rahsia lagi malah hubungan baik antara mereka membuatkan ramai kagum.

Malah acap kali gurauan mereka membuatkan peminat turut sama terhibur.

Umum diketahui, mereka pernah menjalinkan hubungan cinta suatu ketika dahulu dan kedua-dua pelakon dan penyanyi popular ini pernah bertunang namun jodoh mereka tidak berpanjangan.



Namun begitu, orang ramai kagum dengan persahabatan baik mereka selepas itu.

Bagaimanapun baru-baru ini pelakon, penyanyi dan penerbit, Datuk Awie menjelaskan dia sebenarnya tidak berhasrat mengambil pelakon Erra Fazira berlakon dalam filem terbitannya Sue-On.

Awie Bersyukur Erra Mahu Terima Dan Jayakan Watak Kecil

Menurutnya, dia sebenarnya tidak bercadang mengambil Erra memandangkan watak itu hanyalah watak kecil yang boleh dibawakan oleh pelakon lain.



Awie Bersyukur Erra Mahu Terima Dan Jayakan Watak Kecil

“Ia sepatutnya dilakonkan oleh seorang pempengaruh (influencer). Watak itu memang untuk dia. Tapi dia demand harga terlalu tinggi sangat. Jadi team saya terpaksa tolak.

“Saya tidak berhubung dengan individu itu. Mereka kata dia demand sangat jadi saya pun hubungi Erra. Alhamdulillah…dia setuju.

“Saya tak nak ulas fasal pempengaruh itu. Biarlah mereka mungkin sekarang zaman mereka. Popular dalam media sosial belum tentu boleh tarik penonton,” katanya.



Awie yang turut berlakon dalam filem ini sebagai Mat Dosa berkata, media sosial adalah percuma dan belum tentu penonton akan menonton lakonan mereka.

“Saya hanya tengok gambar pempengaruh itu sahaja kerana semua urusan dikendalikan oleh team. Watak itu sebenarnya tak besar pun.

“Tapi bila Erra pegang ia jadi lain. Itu yang bagusnya bila kita bagi pada profesional untuk pegang watak. Walau sikit tapi besar maknanya. Kebetulan Erra pun tiada apa-apa aktiviti. 1



“Sebenarnya saya tak nak panggil Erra untuk watak kecil. Kita memang ada perancangan selepas ini ada lagi filem untuk dia. Tapi bila dah jadi begini, baiklah saya ambil Erra, biar watak itu dibawa lagi elok,” katanya.

Sue-On terbitan Rumah Produksi Merah  akan ditayangkan pada 6 Julai ini.

Awie mengharapkan sambutan yang baik dari penonton dan memberi bayangan menghasilkan sambungannya jika ia mencapai kejayaan.

“Doakanlah…kita tak menjanjikan dengan nama yang sama. Ada benda sebenarnya yang best nanti. InsyaAllah…,” katanya.



Awie Bersyukur Erra Mahu Terima Dan Jayakan Watak Kecil


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading