Leicester hantar Forest ke dasar liga
LEICESTER, United Kingdom: Brendan Rodgers berkata Leicester sudah menukar keadaan selepas James Maddison memberi inspirasi kemenangan 4-0 mengatasi Nottingham Forest yang mengurangkan tekanan terhadap bos Foxes itu seterusnya menghantar pencabar mereka itu ke dasar Liga Perdana awal pagi tadi.
Skuad kendalian Rodgers menewaskan Forest menerusi tiga gol dalam tempoh 10 minit babak pertama di Stadium King Power.
Maddison meledak antara jaringan Harvey Barnes dan Patson Daka pada babak kedua ketika Leicester menang kali pertama musim ini dalam lapan percubaan.
Leicester tewas enam perlawanan awal menyebabkan Rodgers terpaksa bertarung untuk mengelak dipecat kerana mengkritik pemilik dari Thailand berikutan tidak menyokongnya dalam fasa perpindahan.
Kemenangan dalam aksi tetangga East Midlands mampu memberikan Rodgers sedikit peluang untuk bernafas dengan skuad itu kini satu tempat di atas Forest menerusi perbezaan gol.
“Apabila anda tidak menang perlawanan, ia akan datang kepada awak. Kami melalui musim panas yang teruk, itulah realitinya dan ia berterusan pada awal musim,” kata Rodgers.
“Saya hanya perlu ingatkan pemain mengenai kemampuan mereka dan terus memberikan sokongan. Mereka perlu terus bertahan. Kami hanya perlu menukar selekoh malam ini dan kami berjaya melakukannya.”
Forest kini tanpa kemenangan dalam enam perlawanan, tewas lima kali berturut-turut dan melepaskan 16 gol dalam empat perlawanan terakhir.
AFP