Kes kematian Datin: Polis tahan suspek di Port Dickson

Kes kematian Datin: Polis tahan suspek di Port Dickson
Laporan BH Online pada 24 September lalu mengenai kes kematian wanita bergelar Datin di Taman Paroi Jaya.

Kes kematian Datin: Polis tahan suspek di Port Dickson

SEREMBAN: Seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes kematian seorang wanita bergelar Datin dekat Taman Paroi Jaya, di sini, bulan lalu, ditahan polis di Port Dickson, tengah hari kelmarin.

Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di sebuah pondok di tepi jalan dekat Batu 4, Jalan Port Dickson-Teluk Kemang, kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, berkata pihaknya turut merampas barang kes, iaitu barang kemas milik mangsa daripada suspek.



“Polis berjaya menangkap seorang lelaki berumur 45 tahun, yang disyaki terbabit kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Rampasan barang kemas milik si mati dibuat daripada lelaki berkenaan.

“Permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Seremban bagi tujuan siasatan sehingga 14 Oktober depan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Dengan tertangkapnya lelaki itu, katanya, polis percaya dapat menyelesaikan kes berkenaan dan berterima kasih atas maklumat yang diberikan orang ramai sehingga suspek berjaya ditahan.

Media pada 24 September lalu, melaporkan seorang wanita berusia 75 tahun ditemui meninggal dunia di rumahnya sebelum polis dimaklumkan mengenai kejadian jam 8.25 malam 23 Sepetember.



Nanda dilaporkan berkata, hasil siasatan awal menemui kesan kecederaan pada badan mangsa da beberapa barangan peribadinya juga tiada.

Susulan kejadian itu, seorang lelaki yang juga suspek utama kejadian dipercayai menghilangkan diri dan gagal dihubungi sebelum polis menggerakan usaha mengesan individu terbabit.

Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Hakim Nazlan Di Bicarakan



Kes kematian Datin: Polis tahan suspek di Port Dickson


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 



Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Hakim Nazlan Di Bicarakan



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button