Suri rumah rugi RM10,653 ditipu ejen pinjaman wang

Suri rumah rugi RM10,653 ditipu ejen pinjaman wang

Suri rumah rugi RM10,653 ditipu ejen pinjaman wang

SIBU: Seorang suri rumah kerugian RM10,653 selepas diperdaya individu menyamar ejen pinjaman wang di media sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili, berkata mangsa membuat lapan kali transaksi pembayaran melalui perbankan secara dalam talian menggunakan dua akaun bank miliknya.

“Bayaran itu dibuat bagi urusan proses pinjaman seperti dokumen perbankan, pendaftaran, caj pengurusan dan pembayaran cukai bagi kelulusan segera.



“Mangsa juga dijanjikan pulangan semula wang selepas mendapat kelulusan pinjaman itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulkipli berkata, selepas membuat pembayaran, mangsa masih ditagih untuk membuat pembayaran dengan pelbagai alasan caj yang perlu dibayar.

“Mangsa yang mula curiga membuat laporan polis di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, semalam.

Zulkipli berkata, sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihatkan membuat pemeriksaan dengan mana-mana bank atau agensi kewangan berdaftar yang berdekatan untuk kepastian dan membuat pertanyaan atau semakan terlebih dulu bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Beliau berkata, orang ramai juga diminta membuat semakan menerusi laman web https://semakmule.rmp.gov.my bagi mengelak menjadi mangsa scammer.



Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Hakim Nazlan Di Bicarakan

Suri rumah rugi RM10,653 ditipu ejen pinjaman wang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



 


Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Hakim Nazlan Di Bicarakan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button