Walau kerajaan bertukar, RCI Tommy tidak boleh dihentikan

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Walau kerajaan bertukar, RCI Tommy tidak boleh dihentikan

Bekas Peguam Negara, Tommy Thomas telah membongkar penglibatan individu tertentu dalam skandal 1MDB dan SRC International Sdn Bhd menerusi buku yang ditulisnya.



Sebanyak 134 laporan Polis dibuat terhadap Tommy dan buku  ‘My Story; Justice in the Wilderness’ dengan perincian 19 perkara yang beliau tulis.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan siasatan lanjut dilaksanakan terhadap Tommy Thomas.

Sewajarnya, PM perlu memohon untuk penubuhan RCI – Suruhanjaya Siasatan DiRaja – bagi memastikan individu yang didakwa Tommy sebagai dalang skandal dapat diheret ke muka pengadilan.

Dengan menubuhkan sebuah RCI, sudah pasti siasatan lebih mendalam dan tanpa sekatan boleh dilakukan terhadap Tommy serta dakwaan kandungan buku tersebut.



Menjelang pembubaran Parlimen Penggal 2018-2023, penubuhan RCI perlu dipercepatkan bagi menjamin siasatan tidak dihentikan sekiranya kerajaan bertukar selepas PRU15.

Tukarlah 10 kerajaan sekalipun, RCI tetap diteruskan demi mencari kebenaran dan pengadilan yang telus dan diterima semua.

Walau kerajaan bertukar, RCI Tommy tidak boleh dihentikan

Jangan kelak jika PH berjaya memperdaya rakyat Malaysia sekali lagi dan membentuk kerajaan, mereka akan menghentikan semua siasatan terhadap Tommy Thomas.



Perlu diulang semula, Tommy mengakui penglibatan Zeti dan suami dalam skandal 1MDB diakui Tommy menerusi panggilan video dan ini merupakan perkara serius.

Sehingga hari ini, Zeti masih bebas tanpa perlu hadir ke Mahkamah, beliau masih boleh bersuka ria ke luar negara, begitu juga dengan Tommy kerana tidak ada tindakan menahan pasport antarabangsa atau sekatan dikenakan.

Di mana pula suara Pakatan Harapan dalam soal RCI Tommy Thomas? Mengapa mereka (PH) langsung tidak bersuara dan mendesak kerajaan untuk bertindak segera terhadap Tommy?

Adakah mereka memang ada komplot mengenakan individu tertentu yang tidak diketahui umum? Atau PH memang bersikap ‘double standard’ bila sesuatu perkara tidak memberi keuntungan politik kepada mereka?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button