Wanita maut kemalangan 8 kenderaan, 21 basikal

Pasir Puteh: Wanita maut, manakala empat lagi termasuk bayi cedera selepas terbabit kemalangan di Jalan Kamunting, di sini, hari ini.

Kemalangan pada 9.05 pagi dilapor membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), dua lori, tiga kereta, dua motosikal dan 21 basikal.

Ia turut menyebabkan sebuah daripada lori yang membawa muatan besi terbalik dan menghempap kenderaan lain.



Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pasir Puteh berkata, 13 anggota dengan dua jentera dikejarkan ke lokasi sejurus maklumat.

“Terdapat lima mangsa iaitu seorang wanita dewasa yang meninggal dunia, seorang kanak-kanak parah dan tiga lagi cedera ringan.

“Kerja menyelamat sedang dilakukan,” katanya.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button