Wai Ching cipta rekod baharu Space Needle



Kuala Lumpur: Jaguh larian menara dunia Soh Wai Ching sekali lagi mempamerkan aksi cemerlang dalam kategori elit lelaki selepas menjuarai Pertandingan Mendaki Anak Tangga Space Needle Amerika Syarikat pada Ahad.

Wai Ching melakukan larian 49 tingkat dengan 832 anak tangga (ketinggian 158.5 meter) dalam masa tiga minit 50 saat, sekali gus memecahkan rekod terdahulu 4:16s yang dicatatkan oleh pelari menara Amerika, Tristan Roth pada 2019.

Ini pingat emas keduanya selepas menjuarai Larian Menara US Bank di Los Angeles, Jumaat lepas (30 Sept).

Atlet berusia 28 tahun itu akan menyertai pertandingan larian menara di Empire State Building New York, 6 Okt ini, bagi mempertahankan kejuaraan dalam kategori lelaki elit yang dimenanginya tahun lepas.



Perlumbaan terakhirnya di AS ialah di One Tampa City Centre, Florida pada 8 Okt ini.

Wai Ching berkata beliau bersyukur berjaya memecahkan rekod dan berharap untuk menyumbang satu lagi emas dalam perlumbaan selepas ini.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker