Bayern terlalu unggul
Paris: Leroy Sane menjaringkan dua gol ketika Bayern Munich meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara dengan kemenangan 5-0 ke atas Viktoria Plzen di saingan Kumpulan C, awal pagi tadi.
Mempamer aksi meyakinkan di Inter serta di halaman sendiri ketika bertemu Barcelona, Bayern tidak terkesan dengan ketiadaan Joshua Kimmich dan Thomas Mueller, yang diuji positif Covid-19.
Dengan mengumpul sembilan mata, skuad kendalian Julian Nagelsmann hampir menempah tiket ke peringkat kalah mati manakala Inter Milan dan Barcelona akan bertemu selepas ini.
“Kami kekal tenang, kami mendominasi dan mengawal sepenuhnya perlawanan.
“Apabila segala-galanya berjalan dengan baik, kami tidak mampu untuk dihalang.
“Rasa amat bagus apabila anda cepat menyesuaikan diri dan menjaringkan gol lebih awal. Ia menyebabkan pihak lawan sukar untuk mengubah permainan atau mencipta peluang.
“Kemenangan ini penting untuk mengekalkan momentum selepas perlawanan menentang (Bayern) Leverkusen,” kata kapten Bayern, Manuel Neuer merujuk kepada kemenangan 4-0 ke atas Leverkusen di saingan Bundesliga.
Selain Sane, Serge Gnabry, Sadio Mane dan Eric Maxim Choupo Moting masing-masing turut meledak gol untuk Bayern pada perlawanan hari ini.
METRO