Keangkuhan Hanipa Maidin Adalah Cerminan Peribadi Beliau Yang Sebenar

Keangkuhan Hanipa Maidin Adalah Cerminan Peribadi Beliau Yang Sebenar

Sebelum menjadi sebahagian dari ahli kabinet di era Pakatan Harapan, ahli parlimen Sepang, Hanipa Maidin, menggemparkan masyarakat Islam di Malaysia.

Dalam pertikaman lidah antara beliau dan ahli parlimen Baling, Azeez Rahim di Dewan Rakyat, dengan nada angkuh beliau berkata:



“Kalau saya tuhan, saya tidak akan jadikan kamu”.

“Tapi sebab saya bukan tuhan, sebab itu tuhan jadikan orang seperti kamu, menyusahkan orang saja”.

Penulis masih ingat lagi, ketika itu penulis ada bertanya kepada seorang ahli agama untuk meminta pendapat beliau mengenai kata-kata Hanipa Maidin itu.

Menurut beliau, ucapan kalau saya tuhan tidak menyebabkan orang yang berkata itu murtad, tetapi ianya adalah dosa yang sangat besar.



Alasannya adalah kerana penutur menyamakan zat Allah SWT dengan makhluk, sedangkan kemuliaan Allah SWT mengatasi segalanya.

Manakala ucapan kedua Hanipa Maidin yang merujuk sebab saya bukan tuhan, sebab itu tuhan jadikan kamu, menyusahkan orang saja.

Ulasan beliau adalah ucapan ini sebenarnya lebih berat dari ucapan yang pertama kerana penutur menuduh Allah SWT melakukan kesalahan.

Sedangkan Allah SWT adalah bersifat sempurna dan tidak pernah akan melakukan apa-apa kesalahan.



Ustaz tersebut berharap, agar penutur mendapat hidayah dan segera bertaubat.

Tetapi dalam video berdurasi 5:07 saat di atas, jelas keangkuhan Hanipa Maidin yang bukan sahaja tidak menyesal dengan kata-kata beliau, tetapi mempertahankannya.

Natijahnya, ketika menjadi sebahagian dari ahli kabinet di era Pakatan Harapan, Allah SWT telah memberikan amaranNya kepada Hanipa Maidin.

Dengan tidak semena-mena, ketika Dr Mahathir berucap, Hanipa Maidin pengsan dan peristiwa itu disaksikan jutaan manusia.



Amaran Allah SWT ialah, walau pun kamu diberikan kuasa, namun apabila tiba masanya Allah SWT mahu memberikan peringatan, tidak ada siapa yang mampu menghalang.

Dengan disaksikan jutaan manusia, Hanipa jatuh ibarat kain buruk dari atas pentas utama.

Manusia Angkuh Tidak Akan Belajar Dari Sejarah

Penulis sangkakan kejadian itu telah membuatkan Hanipa Maidin sedar bahawa bila Allah SWT berkehendaki, keangkuhan makhluk akan memakan diri sendiri.

Tetapi sangkaan penulis ternyata meleset.



Kini sekali lagi, seolah-olah mengulangi sejarah 4 tahun lalu, ketika menjadi pembangkang dan ketika hampir pilihanraya, Hanipa sekali lagi menunjukkan keangkuhan beliau.

Dalam parlimen, beliau meminta supaya Speaker Parlimen membenarkan ahli parlimen Pekan hadir di dalam parlimen dengan syarat tangan ahli parlimen Pekan mesti digari.

Menurut Hanipa Maidin ianya bertujuan supaya satu dunia dapat melihat ahli parlimen Pekan hadir ke parlimen dengan tangan bergari.



Sangat jelas bagi penulis, perkataan dan niat Hanipa Maidin adalah untuk mengaibkan ahli parlimen Pekan.

Penulis tidak sangka sebegitu buruk sekali akhlak hanipa Maidin.

Sedangkan ahli parlimen yang bukan Islam pun tidak tergamak untuk bercakap begitu, apa lagi mahu mengaibkan orang lain sampai ke tahap begitu.

Apakah akhlak Hanipa Maidin yang mengaku dirinya Islam mempunyai akhlak yang jauh lebih buruk dari seorang yang bukan Islam?

Sedangkan ketika hadir dalam perbicaraan di mahkamah, tangan ahli parlimen Pekan tidak digari.

Apa keperluan tangan ahli parlimen Pekan digari sekiranya beliau dibenarkan hadir di parlimen?

Kepada pengundi Sepang, ingatlah, apabila kita mengangkat seorang yang tidak berakhlak sebagai pemimpin kita, maka tunggulah kebinasaan secara besar-besaran akan melanda.

Sejarah sudah banyak mencatatkan sejarah mengenainya, jadi fikir-fikirkanlah.

 

Keangkuhan Hanipa Maidin Adalah Cerminan Peribadi Beliau Yang Sebenar

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button