RCI Tommy Thomas tidak boleh ditangguhkan

Tahan dan sekat pasport Tommy Thomas serta yang lain-lain

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


RCI Tommy Thomas tidak boleh ditangguhkan

Penubuhan RCI-Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat Tommy Thomas tidak boleh ditangguhkan. Ini penting demi menjaga imej negara yang telah tercalar dengan skandal 1MDB dan khilaf dakwaan terhadap Najib Razak.



Pentingnya RCI ini adalah untuk mencari kebenaran seperti didakwa Tommy dalam bukunya – My Story: Justice in The Wilderness

Dalam buku tersebut, bekas Peguam Negara itu mendakwa penglibatan Jho Low memainkan peranan dalam skandal 1MDB dan SRC International.

Tommy juga telah mengaku secara lisan dalam sebuah video mengenai penglibatan Zeti Aziz dalam skandal 1MDB dan menyatakan bekas Gabenor Bank Negara sepatutnya didakwa.

Sebanyak 134 laporan polis seluruh negara telah dibuat ke atas Tommy dan 3 kertas siasatan telah dibuka. 



RCI Tommy Thomas tidak boleh ditangguhkan

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan agensi penguat kuasa melakukan siasatan lanjut segera ke atas bekas Peguam Negara itu berhubung kandungan yang ditulis dalam bukunya.

Tidak ada sebab lagi penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat Tommy Thomas berikutan kandungan buku beliau.

Sebagai langkah awal, Tommy perlu disekat dari keluar negara dan pasport antarabangsa beliau perlu ditahan. 



Mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB dan SRC International juga wajar disekat keluar negara kerana dikhuatiri akan melarikan diri dan meminta suaka dari negara lain.

Tommy juga dikatakan menghina dan cuba menyalahkan pelbagai pihak termasuk Tun Razak Hussein yang dianggap sebagai dalang utama peristiwa 13 Mei 1969.

Peguam Negara juga wajar bertindak untuk mengesyorkan penubuhan RCI bagi menyiasat Tommy Thomas sekiranya beliau benar-benar mempraktikkan prinsip “nobody is above the law”.

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button