Sweden mudah belasah Azerbaijan

Stockholm: Pemain gantian, Jesper Karlsson menjaringkan gol menarik menerusi sepakan percuma manakala Anthony Elanga menyempurnakan gerakan solo ketika Sweden membelasah Azerbaijan 5-0 pada perlawanan Kumpulan F kelayakan Euro 2024, awal pagi tadi.

Selepas prestasi buruk ketika tewas 0-3 di tangan Belgium yang menyaksikan Romelu Lukaku meledak hatrik pada perlawanan pembukaan mereka, Sweden tampil lebih garang dan Alexander Isak menyaksikan jaringannya dibatalkan kerana ofsaid sebelum Emil Forsberg menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-38.

Diletakkan sebagai sayap kiri, Forsberg membuat larian ke arah benteng pertahanan Azerbaijan sebelum melambungkan bola ke dalam gawang.

Sweden menggandakan kedudukan pada minit ke-65 apabila Bahlul Mustafazada tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba menghalang hantaran lintang Isak.



Viktor Gyokeres menjadikan kedudukan 3-0 selepas 14 minit kemudian menerusi hantaran Karlstrom.

Dua gol terbaik perlawanan hadir menerusi pemain gantian apabila Karlsson menyempurnakan sepakan percuma pada minit ke-88.

Elanga menjaringkan gol terakhir perlawanan seminit kemudian menerusi larian menakjubkan termasuk menggelecek penjaga gol.

Kemenangan itu meletakkan Sweden di tangga ketiga kumpulan dengan tiga mata manakala Austria yang menundukkan Estonia 2-1 menduduki tangga teratas dan Belgium di tangga kedua.



Reuters

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker