‘Azeem tak perlu kecewa jika tak dapat berlatih dengan Carl Lewis’

KUALA LUMPUR: Pelari pecut kebangsaan, Muhammad Azeem Fahmi tidak seharusnya kecewa biarpun hasrat untuk menimba ilmu dengan legenda olahraga Amerika Syarikat (AS), Carl Lewis di Universiti Houston tidak menjadi kenyataan.

Sebaliknya pemerhati sukan tempatan, Rizal Hashim, menasihatkan pelari berusia 18 tahun itu yang juga juara Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 untuk menimbang tawaran empat universiti – Auburn, Alabama, Florida dan Texas A&M – dengan mengambil kira beberapa kriteria bagi melonjakkan prestasinya.

Pasukan trek dan padang Auburn dikendalikan oleh bekas pemegang rekod dunia 100 meter (m), Leroy Burrell manakala Florida diketuai oleh ketua jurulatih pasukan olahraga Amerika Syarikat ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, Mike Holloway.



“Ada beberapa kriteria penting yang perlu dipertimbangkan untuk Azeem memilih universiti terbaik. Pertama, kursus pengajian yang dia mahu ambil, keduanya adalah rekod dan latar belakang jurulatih universiti terbabit, ketiga persekitaran universiti itu dan keempat sistem sokongan.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button