Isteri Gundogan kritik makanan di Manchester

London: Isteri Ilkay Gundogan, Sara Arfaoui mencetuskan suasana ‘panas’di media sosial apabila melabelkan restoran di Manchester sebagai ‘mengerikan’.

Sara berkahwin dengan kapten Manchester City itu awal tahun ini.

Gundogan menjadi pemain penting dalam pasukan Pep Guardiola untuk beberapa musim.



Meluahkan di media sosial, Sara menjelaskan mengenai masalahnya apabila mendakwa kekurangan makanan segar dan tempat yang hanya tertumpu kepada menjana wang, membuatkannya berasa kecewa.

Selepas ditanya tentang restoran kegemarannya di Manchester, dia berkata: “Maaf, saya sedih secara jujur, tiada.

“Saya berusaha keras untuk mencari restoran yang bagus tetapi yang ditemui hanyalah makanan ‘mengerikan’ di mana-mana sahaja.

“Tidak dapat mencari sushi Itali sebenar atau sushi yang enak serta makanan segar. Semuanya sejuk beku.



“Restoran di sini tertumpu untuk membuat wang seperti kelab malam, bukan memikirkan makanan berkualiti.

“Mungkin anda temui di London tetapi di Manchester, tiada apa-apa. Maafkan saya.”

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading