Elfira Loy – Saya Minta Allah Tak Uji Saya Tentang Anak

“Tahu Ujian Allah Terhadap HambaNya Berbeza-beza Tapi ,”

Elfira Loy - Saya Minta Allah Tak Uji Saya Tentang Anak

Elfira Loy – Saya Minta Allah Tak Uji Saya Tentang Anak

Tular di media sosial mengenai kisah seorang ibu yang kehilangan anak tersayang yang baru berusia satu bulan akibat tersedak susu, semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram Mingguan Wanita yang kembali dikongsikan Elfira di Isnta stories, sewaktu memberikan susu badan kepada anaknya itu, si ibu tersebut dikatakan telah tertidur akibat kepenatan.



Selepas tersedar, ibu tersebut bagaimanapun melihat anaknya berada dalam keadaan lemah lalu dibawa ke Hospital Klang, Selangor dan disahkan meninggal dunia selapas 30 minit cuba diselamatkan.

Kisah menyayat hati itu turut mendapat perhatian ramai termasuk pelakon, Elfira Loy.

Menurut Elfira, musibah ini sememangnya memberi peringatan buat para ibu termasuk dirinya sendiri.

Elfira Loy - Saya Minta Allah Tak Uji Saya Tentang Anak



“Saya tahu ujian Allah terhadap hambanya itu berbeza-beza tapi saya minta sangat Allah tak uji saya tentang anak,” tulisnya di Instagram stories.

Pada masa sama, Elfira akui apa yang berlaku menjadikan dia lebih lebih berhati-hati dalam penyusuan kepada bayi.

“Lepas ni takut kot nak susukan anak sambil tidur dah. Sentiasalah pastikan bayi sendawa dulu selepas menyusu. Baru sambung tidur,” kongsinya lagi.

Sekadar informasi, Elfira mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019.



Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Muhammad Rayyan Khalaf 2, dan Nur Aria Mikayla yang baru berusia 4 bulan.

Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15

Elfira Loy – Saya Minta Allah Tak Uji Saya Tentang Anak

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Ketiadaan Calon Punca PH Takut Hadapi PRU 15

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button