Resepi Cek Mek Molek

Resepi Cek Mek Molek
Resepi Cek Mek Molek

 

Resepi Cek Mek Molek, kuih tradisi kegemaran ramai yang berasal dari pantai timur. Kebiasaannya menggunakan ubi keledek oren yang direbus sehingga empuk dan cuma digaul bersama tepung gandum dan garam.

Resepinya mudah sahaja tetapi anda harus pandai mengagak sebanyak mana tepung yang perlu dimasukkan supaya kuih tidak menjadi terlalu lembik atau terlalu kerasTekstur keleder oren sememangnya agak lembik dan perlukan tepung yang lebih sedikit untuk diuli supaya adunan nanti tidak melekat. Semasa proses membentuk kuih , sapukan sedikit tepung di tangan anda supaya adunan kuih senang dibentuk.

 

Bahan-bahan:

 

  • 3-4 biji ubi keledek
  • tepung gandum
  • secubit garam
  • gula pasir
  • minyak untuk menggoreng

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Potong ubi keledek kepada beberapa ketulan besar dan rebus sehingga masak empuk. Angkat dan sejukkan.
  2. Kupas kulit dan lenyek halus bersama secubit garam.
  3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam ubi keledek dan uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
  4. Bulatkan adunan seperti bebola kecil dan leperkan setebal 1/2 cm. Sudukan 1 sudu gula pasir dan tutup dengan rapi. Uli supaya bentuknya menjadi bujur dan tajam di hujung.
  5. Goreng di atas api sederhana sehingga permukaan kuih menjadi sedikit perang.

 

Tip:

 

  • Pastikan kuih digoreng dalam minyak yang agak banyak dan di atas api sederhana kerana hasilnya nanti kuih akan masak kekuningan dengan cantik, gula cair sepenunhya dan permukaan tidak cepat hangus.

Pucuk Ubi Goreng

Resepi Cek Mek Molek


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Umum rehat politik, Azmin takut kalah

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker