Cuba larikan diri dari penjara, polis tembak mati tiga tahanan

Cuba larikan diri dari penjara, polis tembak mati tiga tahanan

Cuba larikan diri dari penjara, polis tembak mati tiga tahanan
IDANG Susukan yang merupakan pemimpin Abu Sayyaf ditembak mati polis selepas cuba melarikan diri dari penjara di Manila, Filipina. – AGENSI

MANILA: Polis Filipina menembak mati tiga banduan, termasuk seorang anggota militan Abu Sayyaf, selepas mereka menikam seorang pegawai penjara dan menahan bekas senator pembangkang ketika cuba melarikan diri dari penjara, di sini semalam.

Ketua Polis Filipina, Jeneral Rodolfo Azurin Jr. berkata, bekas senator Leila de Lima tidak mengalami kecederaan dalam insiden itu dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

Seorang daripada tiga banduan itu menikam pegawai polis yang ketika itu menghantar sarapan pagi kepada tahanan selepas waktu subuh.



Menurut sumber, pegawai polis yang ditempatkan di menara kawalan sudah pun melepaskan tembakan amaran dan kemudiannya menembak mati dua banduan, termasuk komander Abu sayyaf, Idang Susukan, selepas mereka enggan mengikut arahan supaya berundur.

Jelas Azurin, banduan ketiga berlari ke sel yang menempatkan de Lima dan menjadikannya sebagai tebusan sebelum ditembak mati oleh polis.

“De Lima kini dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan selain situasi di dalam penjara juga stabil,” katanya.

Sehingga meletakkan jawatan pada 30 Jun lalu, Duterte berkeras De Lima terlibat dalam skandal dadah dan harus dihukum mengikut perundangan ditetapkan.



Apa Muslihat Sebenar Negeri Di Bawah PAS Tidak Bubarkan DUN?

Cuba larikan diri dari penjara, polis tembak mati tiga tahanan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




Apa Muslihat Sebenar Negeri Di Bawah PAS Tidak Bubarkan DUN?


 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading