KJ dilantik Ahli Lembaga Pengarah JDT

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ sah menyertai kelab gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkembangan itu dimaklumkan kelab berkenan dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook rasmi mereka, Johor Southern Tigers, hari ini.

Kelab berkenaan memaklumkan Khairy yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah JDT dan penasihat belia Johor.



“JDT ingin mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Khairy Jamaluddin atas perlantikan beliau sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah JDT selepas diumumkan oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“JDT turut mengucapkan tahniah kepada Khairy atas pelantikan beliau sebagai penasihat belia Johor,” kata kelab itu.

Sebelum ini, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) sudah memberi bayangan bahawa Khairy akan menyertai JDT selain bakal dilantik sebagai penasihat belia Johor.



Khairy pernah memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan dari tahun 2013-2018 di mana beliau mengilhamkan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) bagi melahirkan pemain muda berbakat.

Pagi tadi ketika mengendalikan segmen Bekpes Hot pada hari pertama sebagai penyampai radio HotFM, Khairy memberi bayangan bakal menyertai JDT yang juga juara Liga Super sembilan kali berturut-turut sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO).

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button