Annuar Musa akan dicalonkan di Pulai?

 

Oleh – Bakhtiar Omar


Annuar Musa akan dicalonkan di Pulai?

 

Selepas tidak tercalon dalam Pilihanraya Negeri, Tan Sri Annuar Musa akan dicalonkan di Pulai bagi mewakili Perikatan Nasional?

Pengerusi Muafakat Nasional itu juga tidak dinamakan sebagai calon di PRK Kuala Terengganu walau telah menyertai PAS selepas keluar dari Umno.

Annuar sebelum ini kelihatan sangat aktif berkempen di atas pentas ceramah Perikatan Nasional dikatakan tidak meneruskan siri kempen kerana masalah kesihatan selepas namanya tidak tersenarai sebagai calon di Kelantan.



Bekas ahli Parlimen Ketereh itu dijangkakan akan disenaraikan untuk dipertimbangkan sebagai calon Parlimen Pulai yang akan diadakan berikutan kematian penyandang, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub dari Pakatan Harapan.

Annuar Musa akan dicalonkan di Pulai?

Parlimen Pulai merangkumi 44.5% Melayu, 40.2% Cina, 12.2% India, 3.1% Lain-Lain Kaum dikatakan menarik perhatian Perikatan Nasional, manakala jumlah pengundi pada 2022 ialah 165,313 orang.

Allahyarham Salahuddin Ayub menang Parlimen Pulai dengan majoriti 33,174 pada PRU15 yang lepas.

Pengerusi Perikatan Nasional wajar memberi peluang kepada Annuar Musa membuktikan kemampuan beliau sebagai seorang ahli politik yang diterima ramai dengan menamankan Annuar sebagai bakal calon Pulai.



Ini bagi membolehkan Annuar turun padang dengan segera bagi memastikan kemenangan PN merampas 1 kerusi dari Kerajaan Perpaduan.

Sudah pasti sekiranya Annuar Musa yang dijadikan calon, semakin mudah untuk PN tumbangkan Kerajaan Perpaduan sepertimana propaganda yang dimainkan penyokong dan pengikut PN bahawa Kerajaan akan bertukar menjelang Ogos tahun ini.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker