Polis Kelantan fokus tangani kes seksual dan gejala sosial remaja
KOTA BHARU – Polis Kelantan akan memberi fokus menangani kes seksual dan gejala sosial membabitkan remaja yang agak kritikal di negeri itu ketika ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pengedaran dadah dan penyeludupan di sempadan juga akan diberikan tumpuan.
“Isu gejala sosial kita melihat penglibatan remaja dalam kes kes seksual pada saya agak ketara, ini fokusnya, dan penglibatan remaja dalam samseng jalanan aksi tak wajar.
“Kita akan mengorak dan mungkin buat ‘SummerCamp’ dan sebagainya,” katanya.
Dalam usaha menangani gejala sosial itu, PDRM akan turut melaksanakan libat urus bersama Jabatan Pendidkan Kelantan, Pejabat Menteri Besar Kelantan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)serta badan bukan kerajaan.

Beliau berkata polis Kelantan juga akan melancarkan satu gerak kerja dikenali sebagai CLASS (clean, loyalty, aced oriented, systematic dan solidarity) kepada anggota polis Kelantan.
Muhamad Zaki berkata demikian selepas menggalas tugas sebagai Ketua Polis Kelantan yang baharu menggantikan Datuk Shafien Mamat yang bersara pada tahun lepas.
Terdahulu beliau menghadiri majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Kelantan yang baharu, Datuk Azman Ayob disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Kamaruddin Md Din pada Isnin.
© Astro Awani