Dr Samsuri Bakal Menjadi Menteri Pusat Sekiranya Menang PRK Kemaman?

Dr Samsuri Bakal Menjadi Menteri Pusat Sekiranya Menang PRK Kemaman?

Dr Samsuri Bakal Menjadi Menteri Pusat Sekiranya Menang PRK Kemaman?

Khabar angin bertiup kencang dari pantai timur yang mendedahkan tujuan sebenar Menteri Besar Terengganu, Dr Samsuri, mencalonkan dirinya dalam PRK Kemaman.

Walau pun pada mulanya, dikatakan secara dasar kepimpinan PAS sudah bersetuju untuk memberikan lauan kepada Dr Mahathir.

Tetapi Dr Samsuri dikatakan melobi Hadi Awang dengan bersungguh-sungguh untuk menukar keputusan awal tersebut.



Kerana hubungan baik antara Hadi dan Dr Samsuri, akhirnya Hadi akur dengan permintaan Dr Samsuri walau pun terpaksa mengkhianati Dr Mahathir.

Kalau berdasarkan pencapaian PAS dalam PRN 6 Negeri, tidak ada keperluan untuk PAS meletakkan calon ‘heavyweight’ di PRK Kemaman.

Tetapi rupa-rupanya, Dr Samsuri mempunyai agenda sendiri yang dirahsiakan dari kepimpinan PAS.

Dr Samsuri dikatakan sedang melobi untuk diberikan jawatan menteri penuh di peringkat pusat.



Beliau tidak kesah kalau beliau terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu sekiranya sudah pasti ada tempat di pusat.

Malah, beliau juga dikatakan sanggup berpaling tadah.

Tentu kita masih ingat mengenai kes 2 bidang tanah di Terengganu yang dijual di bawah harga pasaran.

Kes itu dikatakan sudah pun disiasat oleh pihak SPRM.



Jadi, dikatakan Dr Samsuri kini berada di persimpangan.

Sama ada mahu mempertahankan kesetiaan kepada parti atau melepaskan diri dari bergelar kluster mahkamah.

Sekiranya beliau memilih untuk setia kepada parti, maka beliau mesti bersedia untuk menjadi kluster mahkamah.

Penulis tidak dapat memastikan kebenaran khabar angin yang sampai kepada penulis.



Tetapi rasional dari khabar angin yang diterima adalah sangat kukuh.

Yang terbaik, kita tunggu apa kesudahannya, itu pun kalau Dr Samsuri menang di PRK Kemaman.

Kalau kalah, sudah tentu jalan cerita juga akan turut berubah.

Dr Samsuri Bakal Menjadi Menteri Pusat Sekiranya Menang PRK Kemaman?

 



Temui Kami:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading