Allegri malu Juventus tewas

TURIN, ITALY – OCTOBER 10: Juventus players during a training session ahead of their UEFA Champions League group H match against Maccabi Haifa FC at Sammy Ofer Stadium on October 10, 2022 in Haifa, Israel. (Photo by Daniele Badolato – Juventus FC/Juventus FC via Getty Images)

Haifa: Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri berkata, dia berasa malu dengan pasukannya yang bermain tanpa ‘hati dan semangat’ selepas tewas 0-2 kepada Maccabi Haifa di saingan Liga Juara-Juara, hari ini sekali gus di ambang penyingkiran.

Omer Atzili menjaringkan dua gol untuk memberikan kemenangan pertama kepada pasukan Israel itu dalam empat perlawanan di Kumpulan H setakat ini.

Juve berada di tempat ketiga dalam kumpulan mereka, berkongsi tiga mata dengan Maccabi, yang kekal di kedudukan tercorot, dan lima di belakang Benfica serta Paris Saint-Germain.

“Kami tidak bercakap mengenai soalan teknikal atau taktikal, ia adalah soal hati dan semangat. Kami lebih beraksi secara individu,” kata Allegri.



Pengendali berusia 55 tahun itu juga menolak cakap-cakap mengenai peletakan jawatannya.

“Letak jawatan? Tidak sama sekali. Apabila cabaran menjadi lebih sukar, ia lebih indah, anda perlu keluar darinya dengan keberanian, keinginan dan semangat yang tinggi,” katanya.

Selepas tamat perlawanan, Presiden Juventus, Andrea Agnelli melahirkan rasa kecewanya tetapi mengulangi sokongannya kepada Allegri.

“Saya malu dengan apa yang berlaku sekarang. Tiada sesiapa yang boleh dipersalahkan, bukan salah jurulatih jika kami tidak boleh menang. Allegri akan kekal sebagai jurulatih Juventus,” kata Agnelli kepada Sky Sport Italia.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button