LTdL: Beberapa jalan di sekitar Gombak ditutup hari ini

Pelumba Team Astana Qazaqstan Gleb Syritsa meraikan kemenangan peringkat pertama semalam dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan sejauh 157.3km dengan melintasi garisan penamat di hadapan Menara Berkembar Petronas dengan catatan masa 3 jam 43 minit dan 33 saat. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR – Beberapa jalan raya di sekitar Gombak, di sini akan ditutup bermula pukul 1 tengah hari esok, sempena perlumbaan peringkat ketiga Le Tour de Langkawi (LTdL).

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata antara jalan yang akan ditutup sepanjang perlumbaan itu berlangsung ialah susur keluar Taman Melati ke MRR2 Batu Caves, susur keluar Shell Taman Melati, MRR2 dari arah Batu Caves hala tol Gombak dan Jalan Sungai Pusu hala ke tol Gombak.

“Semua pengguna jalan raya dinasihat untuk mengelakkan melalui jalan-jalan yang terlibat dengan perlumbaan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perlumbaan LTdL peringkat ketiga akan bermula di Putrajaya dan berakhir di Genting Highlands dengan pelumba dijangka tiba di sempadan daerah Gombak kira-kira pukul 3 petang dan tamat selewat-lewatnya pukul 4.15 petang. – BERNAMA 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button