Nabil Kongsi Saat Terakhir Bersama Arwah Bapa ‘Live’ Di MeleTOP

“Kalam Akhir Dia Dapat Mengucap Dengan Baik.”

Nabil Kongsi Saat Terakhir Bersama Arwah Bapa ‘Live’ Di MeleTOP

Nabil Kongsi Saat Terakhir Bersama Arwah Bapa ‘Live’ Di MeleTOP

Pengacara Nabil Ahmad kuatkan hati, meski dilihat menitiskan air mata pada segmen awal program MeleTOP yang bersiaran secara langsung, pada Selasa.

Tampil mengemudikan MeleTop bersama rakan hos, Datin Lisa Surihani, Nabil tenang saat terkenang dan berkongsi cerita mengenai arwah bapanya Ahmad Haji Ismail yang telah kembali ke Rahmatullah pada 7 Oktober lalu.



Lisa terlebih dulu merakam ucapan takziah buat Nabil seisi keluarga atas kehilangan bapa tercinta.

“Ini kali pertama saya berdepan dengan situasi macam ni. Bila melihat tahap oksigen arwah drop dan katanya perlu ditidurkan, saya cakap dengan diri saya ‘kalau ditidurkan, sekejap lagi dapat jumpa balik kot.’ Saya tidak terfikir itu kali terakhir saya dapat tengok dia.

“Dan Saya macam… banyak benda ralatlah. Saya sebagai anak, saya rasa banyak benda yang tak sempat nak lalukan bersamanya. Masih banyak tanggungjawab yang sepatutnya saya langsaikan, bagi perhatian dan sebagainya,” luah Nabil.

Nabil Kongsi Saat Terakhir Bersama Arwah Bapa ‘Live’ Di MeleTOP



Nabil Kongsi Saat Terakhir Bersama Arwah Bapa ‘Live’ Di MeleTOP

Nabil Kongsi Saat Terakhir Bersama Arwah Bapa ‘Live’ Di MeleTOP

Nabil pada masa sama menambah, dia memilih untuk kembali bekerja dan tidak mahu bersendirian bagi melupakan perkara itu buat seketika.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Saya mula kerja ni Lisa sebab saya tak nak duduk sorang. Saya nak bergaul, berborak pasal kerja dan benda lain.



“Tapi itulah saya rasa syukur sangat dengan pengakhirannya. Pada saya, sangat baik. Dia pergi hari Jumaat, lepas tu kalam akhir dia dapat mengucap dengan baik.

“Saya adik-beradik mandikan dia dalam keadaan arwah tersenyum. Saya doakan semoga Allah mudahkan perjalan arwah dekat alam yang baru. Sebab kitaorang (keluarga) tak pernah kehilangan orang yang rapat, ini pertama kali,” katanya lagi.

Perkongsian penuh untuk segmen tersebut turut dikongsikan menerusi YouTube MeleTop, awal malam tadi.

Imbas kembali, Allahyarham Ahmad Haji Ismail dilaporkan meninggal di Hospital Serdang, Selangor, akibat masalah komplikasi jantung.



Zahid tempelak Mahathir  – “ Melayu Sokong UMNO bukan kerana insentif tetapi kerana sudah sedar “

Nabil Kongsi Saat Terakhir Bersama Arwah Bapa ‘Live’ Di MeleTOP


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zahid tempelak Mahathir  – “ Melayu Sokong UMNO bukan kerana insentif tetapi kerana sudah sedar “



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button