Neelofa Enggan Lagi Berada Satu Frame Dengan Tetamu Lelaki

"Saya Buat Begini Demi Jaga Nama Baik Dan Maruah Suami."

Neelofa Enggan Lagi Berada Satu Frame Dengan Tetamu Lelaki

 

Neelofa Enggan Lagi Berada Satu Frame Dengan Tetamu Lelaki

Demi menjaga nama baik suami, Neelofa mengambil pendekatan enggan lagi berada dalam satu frame dengan tetamu lelaki bukan muhrim menerusi mana-mana siaran program televisyen selepas ini.



Menurut Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, langkah itu diambil sendiri olehnya bagi mengelakkan pandangan tidak manis berikutan statusnya sebagai isteri orang.

“Itu kemahuan saya sendiri, secara logiknya bila buka tv nampak saya duduk di sebelah lelaki memang tidak manis dan tidak sesuai.

View this post on Instagram



A post shared by Neelofa (@neelofa)

https://www.instagram.com/neelofa/?utm_source=ig_embed&ig_rid=fd952b0b-044c-4205-a53e-8cb8aa4d1e1b

“Tidak eloklah untuk sesiapa sahaja berstatuskan isteri. Saya buat ini lebih kepada tanggungjawab saya sebagai isteri dan juga untuk menjaga nama baik dan maruah suami.



“Keputusan ini saya ambil atas kemahuan sendiri, bukanlah suami meletakkan syarat tertentu kepada saya.

“Saya dengan tenang hati buat benda itu sebab saya rasa ia adalah benda yang baik,” katanya kepada MH.

Neelofa Enggan Lagi Berada Satu Frame Dengan Tetamu Lelaki;

Neelofa ditemui pada majlis sidang media program bual bicara, Next to Neelofa musim kedua di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.



Menerusi program tersebut, kesemua tetamu undangan Neelofa terdiri selebriti wanita berhijab termasuk ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed.

Meskipun begitu, Neelofa memaklumkan dia masih boleh bekerjasama dengan selebriti atau figura lelaki sekiranya ada individu lain yang turut diundang bersama dalam sesebuah program itu.

“Kalau ada tetamu lain sekali pun, mungkin bukan dua orang tetapi beberapa orang yang ada lelaki dan perempuan, itu saya okay.

“Saya ambil kira apa yang dipaparkan dan yang dipertontonkan kepada orang ramai,” katanya lagi.



Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas, PU Riz atau nama sebenar, Haris Ismail, 27, pada 27 Mac 2021.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal yang kini berusia lapan bulan.

Zahid tempelak Mahathir  – “ Melayu Sokong UMNO bukan kerana insentif tetapi kerana sudah sedar “



Neelofa Enggan Lagi Berada Satu Frame Dengan Tetamu Lelaki


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zahid tempelak Mahathir  – “ Melayu Sokong UMNO bukan kerana insentif tetapi kerana sudah sedar “

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button