Tukar Perlembagaan: Bertambah Komunis Hingga Ronnie Liu Pun Rasa Terlalu Komunis

Tukar Perlembagaan: Bertambah Komunis Hingga Ronnie Liu Pun Rasa Terlalu Komunis

Tukar Perlembagaan: Bertambah Komunis Hingga Ronnie Liu Pun Rasa Terlalu Komunis

Perbalahan antara pemimpin utama DAP dilihat semakin memuncak sehingga menimbulkan ura-ura salah seorang pemimpin utama mereka, Ronnie Liu dijangka akan meninggalkan parti tersebut.

Punca perbalahan antara Ronnie dengan pemimpin utama DAP adalah kerana beliau tidak bersetuju dengan pindaan perlembagaan DAP.



Pada 25 September 2022, DAP meminda perlembagaan yang membolehkan mana-mana ahli politik yang tidak mengikut arahan pemimpin boleh dipecat.

Ronnie mengkritik pindaan tersebut dan menganggap pindaan itu membuatkan DAP tidak lagi menjadi sebuah parti yang demokratik.

Pendirian Ronnie disokong oleh penganalisa politik Wong Cheng Huat dari Sunway University.



Menurut Wong, sekiranya parti lain mengikut langkah yang diambil oleh DAP, maka demokrasi di Malaysia akan rosak.

Wong berkata, pindaan perlembagaan yang dibuat oleh DAP boleh disalahgunakan oleh pemimpin untuk memberikan tekanan kepada pesaing mereka di dalam parti.

DAP mendakwa pindaan yang dibuat adalah selaras dengan kelulusan RUU Anti Lompat Parti yang diluluskan parlimen.

Baca di sini:



https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/10/01/bad-for-democracy-if-daps-gag-is-emulated-says-analyst/

Sebagai respon dari kritikan Ronnie, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, mengingatkan Ronnie supaya menghormati keputusan yang telah dibuat oleh parti.

Menurut Lim, sekiranya Ronnie serius untuk menghapuskan perbuatan melompat parti, maka pindaan tersebut adalah sesuatu yang perlu dilakukan.

Baca di sini:



https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/09/30/respect-decision-to-amend-dap-constitution-guan-eng-tells-liu/

Krisis Dalaman DAP Semakin Membarah Ketika PRU 15 Semakin Hampir

Ekoran dari krisis dalaman DAP yang dilihat seperti tidak dapat dibendung lagi, sumber memaklumkan, Ronnie kini sudah membuat keputusan untuk meninggalkan DAP.

Baca di sini:

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/10/09/report-ronnie-liu-quitting-dap/32545



Ronnie Liu sememangnya dikenali sebagai salah seorang pemimpin yang cukup berpengaruh dan taat kepada DAP.

Apakah tindakan nekad Ronnie untuk meninggalkan DAP adalah kerana beliau berpendapat bahawa parti DAP sudah tersasar dari prinsip dan perjuangan asal mereka?

Mungkin juga Ronnie berpendapat, tidak ada gunanya lagi bersama parti yang hanya bertopengkan demokrasi tetapi realitinya pemimpin di dalamnya hanya memikirkan diri sendiri.

Ramai pemerhati berpendapat, sekiranya Ronnie meninggalkan DAP, maka DAP akan dilihat sebagai seekor burung yang telah patah sebelah sayapnya.



Amaran mereka, pengaruh Ronnie di kalangan masyarakat Cina tidak boleh dipandang remeh.

 

Tukar Perlembagaan: Bertambah Komunis Hingga Ronnie Liu Pun Rasa Terlalu Komunis

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button