Hari Itu Mahathir Cakap UMNO Akan Menang, Sekarang Cakap UMNO Akan Kalah, Yang Mana Satu Betul Agaknya…

Hari Itu Mahathir Cakap UMNO Akan Menang, Sekarang Cakap UMNO Akan Kalah, Yang Mana Satu Betul Agaknya...

Hari Itu Mahathir Cakap UMNO Akan Menang, Sekarang Cakap UMNO Akan Kalah, Yang Mana Satu Betul Agaknya…

Baru beberapa hari yang lepas, Pengerusi Gerakan Tanah Air, Dr Mahathir, membuat kenyataan bahawa beliau yakin UMNO akan memenangi PRU 15 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dr Mahathir berkata ini adalah kerana beliau melihat sokongan orang Melayu sudah kembali kepada UMNO.



Namun secara sindiran beliau menyatakanmkononnya sokongan orang Melayu kembali kepada UMNO kerana disogok dengan wang.

Baca di sini:

https://malaysiagazette.com/2022/10/07/tun-m-yakin-umno-menang-pru15/

Kenyataan Dr Mahathir dengan segera dibidas oleh Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi.



DS Zahid menyatakan Dr Mahathir mestilah segera berhenti dari memperlekehkan bangsa Melayu.

Baca di sini:

https://www.facebook.com/zahidhamidi.fanpage/posts/pfbid02dgzFcwd2x4QogUjpihrN1G3StjEEp3FM5rnxV6KQ6EAfM9gx1LSiF8ajRehGpS5ml

Beliau berkata lagi, janganlah kerana orang Melayu menolak GTA, maka dengan sewenangnya Dr Mahathir memperlekehkan kejujuran dan keikhlasan orang Melayu dalam perjuangan.



Penulis bersetuju dengan lontaran kata-kata dari Presiden UMNO tersebut.

Mungkin kerana Dr Mahathir bukan berasal dari bangsa Melayu yang sebenar, maka beliau tidak dapat memahami sikap sebenar orang Melayu.

Bukan penulis memperlekehkan kewibawaan Dr Mahathir sebagai pemimpin, tetapi itulah realiti yang sebenar.

Ketaatan dan kejujuran orang Melayu kepada perjuangan bangsa boleh dibuktikan dalam lipatan sejarah bangsa Melayu.



Hang Tuah, Datuk Bahaman, Dato’ Maharajalela, Mat Kilau, Leftenan Adnan dan banyak lagi.

Orang Melayu Taatnya Berakal Dan Setianya Pintar

Namun begitu, orang Melayu tidak akan sekali-kali taat membuta tuli seperti kerbau yang dicucuk hidungnya.

Bacalah sejarah Laksmana Bentan dan Hang Jebat.

Tetapi, perkataan khianat tidak sekali-kali ada di dalam kamus perjuangan pejuang Melayu.



Benar sejarah mencatatkan Empayer Melaka yang hebat akhirnya tumbang di tangan Portugis, tetapi siapakah pengkhianatnya?

Bukankah pengkhianatnya adalah manusia-manusia yang mempunyai darah kacukan India?

Berbalik kepada tajuk asal, penulis merasa agak pelik kerana dalam masa beberapa hari selepas Dr Mahathir menyatakan keyakinan UMNO akan menang, kini beliau menyatakan UMNO akan kalah.



Malah beliau menyeru orang Melayu supaya tidak terpengaruh dengan dakwaan Presiden UMNO bahawa UMNO akan menang dalam PRU 15.

Penulis membuat semakan dari pelbagai sumber dari internet dan rakan-rakan, tidak ada sepotong ayat dari DS Zahid menyatakan demikian.

Memang benar UMNO akan melangkah ke dalam gelanggang dengan keyakinan, tetapi bukan sifat UMNO mendabik dada dengan keyakinan yang ada.

Dalam sidang media yang sama, Dr Mahathir umumkan GTA akan menampilkan sekurang-kurangnya 120 calon dalam PRU 15.

Penulis ucapkan ‘good luck’, cuma jangan jadi seperti 42 orang calon Pejuang dalam PRN Johor, sudahlah…😉😉😉

 

Hari Itu Mahathir Cakap UMNO Akan Menang, Sekarang Cakap UMNO Akan Kalah, Yang Mana Satu Betul Agaknya…

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button