Belarus kerah tentera bantu Russia perang di Ukraine?
Belarus kerah tentera bantu Russia perang di Ukraine?
LONDON: Peningkatan aktiviti ketenteraan di Belarus pada minggu ini mendapat perhatian Ukraine dan Barat sebagai petanda negara itu bersedia mengerahkan tenteranya membantu Russia dalam perang di Ukraine.
Presiden Belarus, Alexander Lukashenko mengarahkan pasukan tenteranya ditempatkan bersama askar Russia berhampiran sempadan Ukraine dan kementerian pertahanan negara itu juga memaklumkan, mereka sudah ‘bersedia untuk bertempur’.
Tidak senang duduk dengan situasi itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky meminta negara G7 untuk menempatkan pemantau antarabangsa berhampiran sempadan negaranya, manakala Perancis memberi amaran Belarus bakal dikenakan sekatan lebih banyak oleh Barat jika terlibat dalam perang Ukraine.
Belarus sebelum ini membenarkan negaranya dijadikan ‘tapak pelepasan’ tentera Russia ketika menyerang Ukraine pada 24 Februari lalu, namun tidak mengerahkan askarnya secara langsung.
Pakar analisis menyatakan Lukashenko tidak mempunyai pilihan selain berkerjasama dengan Presiden Vladimir Putin dan menyertai peperangan tersebut.
Namun, mereka bersikap skeptikal mengenai penglibatan Belarus dalam perang itu akan membawa perubahan yang besar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib mungkin bebas kerana kes terlalu lemah, bukan kerana UMNO menang PRU15 seperti andaian Mahathir
- Debaran Pembubaran Sudah Berakhir, Debaran Pencalonan Bermula
- BN Mesti Gerakkan Pasukan Media Mulai Sekarang Sekiranya Mahu Menang PRU 15
Hal ini kerana, Belarus hanya mempunyai 48,000 anggota tentera dan tidak bertempur di medan perang lebih 30 tahun sejak merdeka.
Bagaimanapun, Ukraine tetap tidak boleh memandang ringan perkara tersebut kerana negara itu masih memerlukan sokongan dan bantuan meluas untuk menghadapi peperangan yang berlaku.
Penulis buku ‘Russia’s Road to War with Ukraine’, Samir Puri berkata, desakan Ukraine meminta G7 menghantar misi pemantau antarabangsa di sempadannya juga menunjukkan sebarang campur tangan dari Belarus akan memburukkan lagi perang yang berlaku.
“Namun, tidak dapat dipastikan sama ada G7 akan menyediakan misi tersebut atau sebaliknya kerana sebarang langkah boleh menyebabkan tentera Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) terlibat secara langsung dalam perang itu,” katanya.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan Belarus enggan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut. – REUTERS
Enggan di patuk Ular sama di lubang sama kali ke3, Anwar tolak Kerjasama dengan Mahathir
Belarus kerah tentera bantu Russia perang di Ukraine?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemimpin DAP Mencabar Kuasa Agong
- Mahathir Calon PM Untuk PH 2.0, Gabungan PH, PN Dan GTA
- Tipu muslihat Mahathir didedahkan.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Enggan di patuk Ular sama di lubang sama kali ke3, Anwar tolak Kerjasama dengan Mahathir