Pempengaruh mohon maaf makan kulit babi

Pempengaruh mohon maaf makan kulit babi

Pempengaruh mohon maaf makan kulit babi
LINA Mukherjee mengaku makan pelik-pelik demi kandungan

Jakarta: Pempengaruh media sosial Indonesia, Lina Mukherjee mengaku makan pelik-pelik demi kandungan (content) bagi mendapatkan lebih banyak pengikut.Lina mendedahkan, dia sengaja buat kandungan makan makanan ekstrem termasuk kulit babi demi meningkatkan rating dan langganan di YouTube dan TikTok.

Katanya, idea berkenaan bermula pada Mac lalu dengan memakan kulit babi di Bali.

“Saya dan pembantu ke Bali semata-mata untuk membuat kandungan makanan ekstrem.



“Sebelum makan babi, saya sempat makan katak dan makanan ekstrem lain, tetapi saya tidak kongsikan di media sosial.

“Saya cuma memuat naik kandungan memakan babi saja, ” katanya semasa perbicaraan di Mahkamah Negeri Palembang, semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerana Zeti banyak “tak tahu”, Mahathir dipanggil Mahkamah.




Lina didakwa atas kesalahan memuat naik kandungan makan kulit babi.

Wanita itu didakwa di bawah Akta Informasi dan Transaksi Elektronik (ITE).

Lina atau nama sebenarnya, Lina Lutfiawati juga mengakui perbuatannya membaca Bismillah sebelum memakan makanan haram bagi umat Islam itu.

“Saya dihina dan dikecam teruk netizen hingga membuatkan saya tak nak memohon maaf, tapi selepas polis campur tangan kes itu, barulah saya memohon maaf atas keterlanjuran saya,” katanya.



Pempengaruh mohon maaf makan kulit babi
LINA Mukherjee ketika membuat konten makan makanan pelik. FOTO Instagram linamukherjee

Pada prosiding itu, Lina sempat membuat permohonan maaf kepada semua rakyat Indonesia serta keluarganya. selepas Ketua Majlis Hakim, Roni Sianatra mempersoalkan sama ada dia mengetahui perbuatannya adalah salah dan berdosa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hadi Dan Muhyiddin Masih Lagi Bermimpi Selepas PRN 6




“Saya memohon maaf kepada semua masyarakat Indonesia kerana perbuatan saya mencetuskan perbalahan.

“Saya juga memohon maaf kepada ibu saya yang sudah dua tahun tidak saya jumpa dan saya juga minta maaf kepada keluarga saya dan netizen sebab tidak menerima nasihat.

“Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati lagi semasa membuat kandungan,” katanya.



Prosiding kes berkenaan ditangguhkan pada 29 Ogos depan.

Sebelum ini, media melaporkan, Lina didakwa atas kesalahan melanggar Undang-undang ITE kerana memuat naik kandungan makan kulit babi.

Pendakwa Raya, Sumatera Selatan Siti Fatimah yang mendakwa Lina berkata, perbuatan Lina yang sengaja membuat kandungan makan kulit babi sambil membaca Bismillah itu mencetuskan pertikaian ramai.

“Tindakan Lina akan memecah belahkan pelbagai pihak serta permusuhan,” katanya pada prosiding sebelum ini.



LINA Mukherjee mengaku makan pelik-pelik demi kandungan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading